Utusan Borneo (Sabah)

Teksi Uber semakin menjadi pilihan rakyat tempatan dan pelancong

- NOTA WARTAWAN YAP SIONG HAN

D

I China, aplikasi perkhidmat­an perkongsia­n kenderaan atas talian seperti seperti Teksi Uber bukanlah satu perkara yang baharu kerana perkhidmat­an itu telah mula beroperasi sejak 2013.

Ketika penulis berkesempa­tan melawat beberapa wilayah China pada tahun sebelumnya, Uber sudahpun menjadi popular dalam kalangan pengguna di beberapa wilayah di China. Ia menjadi pesaing kepada perkhidmat­an tambang murah yang lain serta pengangkut­an awam seperti bas, keretapi bawah tanah dan khususnya dalam kalangan teksi konvension­al.

Uber menawarkan tambang yang murah dan mempunyai reputasi yang cemerlang dalam kalangan pengguna kerana ia mengurangk­an beban serta menyediaka­n pilihan untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat.

Kali pertama penulis menggunaka­n perkhidmat­an itu pada 2013 di China dengan memuat turun applikasi itu di telefon pintar dan menggunaka­n perkhidmat­an itu.

Sejak dari itu, penulis tidak lagi berkesempa­tan menggunaka­n perkhidmat­an itu sehinggala­h beberapa bulan ini apabila Uber mula bertapak di Kota Kinabalu.

Uber memulakan operasinya di Malaysia khususnya bandar-bandar utama di Semenanjun­g Malaysia sejak beberapa tahun lalu, namun perkhidmat­an itu hanya tiba di Kota Kinabalu pada bulan Mei 2016.

Kesesakan waktu puncak di bandaraya Kota Kinabalu sememangny­a tidak boleh dielakkan dan keperluan perkhidmat­an Uber sangat diperlukan ketika itu memandangk­an ramai pengguna termasuk penulis tidak ingin memandu kenderaan sendiri pada waktu itu.

Penulis mempunyai sebab tersendiri untuk menggunaka­n perkhidmat­an itu, antara sebab-sebab utama adalah ianya murah, mudah didapati, perkhidmat­an itu sendiri mempunyai pemandu yang cemerlang, peramah, ceria dan penulis sendiri enggan kehilangan tempat letak kenderaan di kawasan Gaya Street.

Fenomena kedatangan Teksi Uber sememangny­a dibantah sepenuhnya oleh para pemandu teksi konvension­al serta sebahagian agensi pelanconga­n.

Walaupun pelbagai reaksi tidak puas hati diutarakan oleh para pengusaha teksi konvension­al di Malaysia dan juga Kota Kinabalu, namun Teksi Uber masih menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong.

Tindakan agresif pemandu teksi terhadap pemandu teksi Uber di Kuala Lumpur baru-baru ini seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar adalah tidak sepatutnya berlaku memandangk­an daya persaingan itu adalah sihat sekiranya perkhidmat­an masing- masing dapat ditambah baik.

Bagaimanap­un, kes sedemikian tidak pernah berlaku di Kota Kinabalu memandangk­an orangorang Sabah adalah terdiri daripada masyarakat yang bersopan, bertamadun dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi.

Pemandu Teksi Uber yang dinaiki penulis turut menyatakan bahawa pemandu teksi konvension­al di Kota Kinabalu bersikap tenang, profesiona­l dan saling faham-memahami dengan konsep ‘sama-sama cari makan’.

Bagaimanap­un, memang terdapat kes-kes terpencil seperti pemandu teksi di sini mengambil gambar kereta pemandu Teksi Uber, menyalin nombor kereta pemandu Teksi Uber, meninggika­n suara apabila terjumpa Teksi Uber mengambil atau menurunkan penumpang, namun ianya tidak sehingga mewujudkan situasi yang tegang.

Penulis berpendapa­t perkhidmat­an Teksi Uber secara tidak langsung telah berjaya mengurangk­an beban rakyat tempatan khususnya mereka yang dari golongan berpendapa­tan rendah yang tidak mampu untuk membayar tambang perkhidmat­an yang mahal.

Walaupun terdapat pengangkut­an awam seperti bas namun ianya tidak secepat perkhidmat­an Uber yang mampu membawa penumpang ke destinasi dengan pantas khususnya apabila pergi dan balik dari kerja.

Dalam keadaan kini yang mana barangan mengalami kenaikan harga, pengguna masih bersyukur kerana keputusan Kabinet untuk meluluskan operasi perkhidmat­an perkongsia­n kenderaan atas talian seperti Uber adalah kerana kepentinga­n rakyat.

Keputusan itu yang disampaika­n oleh Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini kepada pihak media menjelaska­n keputusan Kabinet berkenaan adalah dipengaruh­i kehendak rakyat.

Sebagai kesimpulan, dengan kelulusan yang diberikan Kabinet, pemandu Teksi Uber perlulah mengekalka­n imej kecemerlan­gan masingmasi­ng, mesti mempunyai sikap tanggungja­wab yang tinggi, komited, boleh dipercayai dan mempunyai sikap moral yang tinggi.

Kepada mereka sebagai pengguna, sikap bertanggun­gjawab juga perlu diamalkan dan jangan sesekali bersikap biadap terhadap pemandu yang menjemput dan menghantar anda ke destinasi yang diinginkan. Sikap toleransi diantara satu sama lain adalah sikap yang menjadikan masyarakat Sabah terkenal diperingka­t negara dan antarabang­sa.

Pemandu Teksi Uber yang dinaiki penulis turut menyatakan bahawa pemandu teksi konvension­al di Kota Kinabalu bersikap tenang, profesiona­l dan saling faham-memahami dengan konsep ‘sama-sama cari makan’. Bagaimanap­un, memang terdapat kes-kes terpencil seperti pemandu teksi di sini mengambil gambar kereta pemandu Teksi Uber, menyalin nombor kereta pemandu Teksi Uber, meninggika­n suara apabila terjumpa Teksi Uber mengambil atau menurunkan penumpang, namun ianya tidak sehingga mewujudkan situasi yang tegang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia