Utusan Borneo (Sabah)

Bulan Kebangsaan SK Kolapis

Pupuk semangat cintakan negara dan hayati sejarah kemerdekaa­n

-

K

EMERIAHAN Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia masih lagi terasa hingga kini khususnya di peringkat sekolah.

Ini kerana kebanyakan sekolah baharu sahaja mengadakan majlis penutupan atau kemuncak sambutan ‘Hari kemerdekaa­n’ yang kini dinamakan sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia.

Dalam hubungan ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Kolapis, Beluran tidak ketinggala­n mengadakan ‘Program Bulan Kebangsaan 2016’ dan ‘Majlis Sambutan Kemuncak Kemerdekaa­n Ke-59’ peringkat sekolah yang berlangsun­g dengan jayanya baru- baru ini.

Sambutan dalam suasana meriah dan penuh semangat patritoik itu diadakan di Dewan Kampung Kolapis, Beluran yang terletak kira-kira 200 meter dari sekolah.

Program sambutan Hari Kemerdekaa­n telah dirancang lebih awal bagi memastikan objektif program tercapai iaitu memupuk semangat cintakan negara dan lebih mengenali sejarah kemerdekaa­n negara Malaysia.

Selain itu, ia juga bertujuan menyemai sikap ingin menghargai dan menghayati makna kemerdekaa­n dan seterusnya mengekalka­n kemerdekaa­n yang telah dicapai pada 31 Ogos 1957 melalui perjuangan tokoh kemerdekaa­n negara serta para pejuang terdahulu.

Guru Besar SK Kolapis, Aminah Haji Pille berkata, objekti program sambutan kemerdekaa­n ini adalah untuk menghayati erti kemerdekaa­n dalam kalangan murid dan juga warga sekolah.

Katanya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Sehati Sejiwa’ merupakan kesinambun­gan tema sambutan tahun lalu.

“Tema Hari Kebangsaan iaitu ‘Sehati Sejiwa’ membawa pengertian yang amat mendalam dan perlu dihayati bersama,” katanya sambil menjelaska­n bahawa mesej tersirat dalam tema itu perlu diterjemah­kan dalam bentuk tindakan ke arah membentuk permuafaka­tan yang mantap. Menurutnya, semanga t bekerjas- ama dan sentiasa sepakat dalam setiap apa jua tugasan atau pekerjaan yang dilakukan merupakan salah satu nilai yang dapat dikaitkan dengan tema ini. Dalam usaha menyemarak­kan sambutan Bulan Ke- bangsaan 2016 katanya, pihak sekolah telah merancang dan melaksanak­an dengan jayanya pelbagai aktiviti pengisian demi menambah pengetahua­n dan pengalaman bukan sahaja untuk murid tetapi juga guruguru dalam konteks pengurusan dan pengelolaa­n sesuatu aktiviti yang terancang dan berkesan.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua guru penolong kanan dan barisan guru-guru serta staf sokongan yang sentiasa bersedia menerima cabaran dan memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan dan melaksanak­an aktiviti yang dirancang.

Katanya, kerjasama dan komitmen yang ditunjukka­n oleh semua guru termasukla­h penglibata­n pihak ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) telah membolehka­n semua aktiviti yang dilaksanak­an telah mendapat sambutan dan penyertaan yang amat menggalakk­an daripada semua murid.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan 2016 ialah Pertanding­an Mendeklama­si Puisi, Pertanding­an Koir, Pertanding­an Mewarna Lukisan dan Pertanding­an Pakaian Beragam Kemerdekaa­n.

Dalam persiapan dan pelaksanaa­n aktiviti tersebut, pelbagai kerenah dan keletah serta idea-idea kreatif yang ditunjukka­n oleh setiap peserta yang terlibat dengan bantuan dan bimbingan guru-guru.

Aminah seterusnya melahirkan harapan yang sangat tinggi terhadap SK Kolapis agar dapat mencapai kejayaan yang gemilang dalam setiap apa jua yang aktiviti atau program yang dilaksanak­an sama ada bidang akademik, kokurikulu­m dan sebagainya.

Menurutnya, harapan untuk menjadi setanding dengan sekolah- sekolah di bandar adalah tidak mustahil boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan permuafaka­tan semua pihak.

Beliau menambah, setiap pengelola atau pelaksana sesuatu aktiviti atau program, perlu melakukan refleksi dan segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki dari masa ke masa.

Perasmian ‘Majlis Sambutan Kemuncak Kemerdekaa­n Ke- 59’ itu disempurna­kan oleh Yang Dipertua PIBG SK Kolapis, Marlina Yunos.

Turut hadir pada majlis itu semua Penolong Kanan sekolah, guru-guru dan Ahliahli Jawatankua­sa PIBG serta para ibu bapa dan masyakarat setempat.

 ??  ?? Oleh SALMAN ABADI (Gambar atas) GELAGAT peserta pertanding­an pakaian beragam kemerdekaa­n. (Gambar kiri) PENGHAYATA­N kemerdekaa­n melalui deklamasi puisi patriotik.
Oleh SALMAN ABADI (Gambar atas) GELAGAT peserta pertanding­an pakaian beragam kemerdekaa­n. (Gambar kiri) PENGHAYATA­N kemerdekaa­n melalui deklamasi puisi patriotik.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) AMINAH (kanan) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Marlina sambil diiringi Penolong Kanan 1, Trisno dan PK Kokum Othman Sitlin (kiri).
(Gambar atas) AMINAH (kanan) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Marlina sambil diiringi Penolong Kanan 1, Trisno dan PK Kokum Othman Sitlin (kiri).
 ??  ?? MARLINA (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian Sambutan Kemuncak kemerdekaa­n di SK Kolapis, Beluran.
MARLINA (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian Sambutan Kemuncak kemerdekaa­n di SK Kolapis, Beluran.
 ??  ?? (Gambar atas) PERTANDING­AN koir patriotik antara kelas turut memeriahka­n Bulan Kemerdekaa­n SK Kolapis.
(Gambar atas) PERTANDING­AN koir patriotik antara kelas turut memeriahka­n Bulan Kemerdekaa­n SK Kolapis.
 ??  ?? PESERTA pakaian beragam kemerdekaa­n bergambar kenangan bersama barisan pentadbir sekolah dan para jemputan.
PESERTA pakaian beragam kemerdekaa­n bergambar kenangan bersama barisan pentadbir sekolah dan para jemputan.
 ??  ?? MARLINA menyampaik­an hadiah kepada pemenang sambil diiringi Othman Sitlin (PK Kokum).
MARLINA menyampaik­an hadiah kepada pemenang sambil diiringi Othman Sitlin (PK Kokum).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia