Utusan Borneo (Sabah)

Sudut khas ‘American Corner’ di Perpustaka­an UMS mulai Dis

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) terpilih sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang akan menempatka­n sudut khas dikenali sebagai ‘American Corner’ di perpustaka­an universiti berkenaan bermula Disember ini.

Usaha menyediaka­n American Corner ini dilaksanak­an dengan termeterai­nya Memorandum Persefaham­an (MoU) antara UMS dan Seksyen Perhubunga­n Awam, Kedutaan Amerika Syarikat, di UMS kelmarin.

Kaunselor Seksyen Perhubunga­n Awam Kedutaan Amerika Syarikat (AS) Frank J. Whitaker berkata, pemilihan UMS adalah berikutan kemudahan yang disediakan di Perpustaka­an UMS memang baik serta bilangan pelajar yang ramai.

Beliau berkata, dengan adanya sudut khas itu, ia membolehka­n Kedutaan AS melaksanak­an pelbagai program dengan kerjasama UMS seperti pembelajar­an Bahasa Inggeris dan perlindung­an alam sekitar.

Katanya, sekiranya pihak Kedutaan AS di Malaysia ingin melaksanak­an program pada masa akan datang, UMS akan menjadi rakan kerjasama mereka dalam penganjura­n program seperti tayangan movie dan sebagainya.

Mengenai rekaan untuk sudut khas itu, Frank berkata, ‘American Corner’ akan direka berdasarka­n tema ‘Smithsonia­n’ iaitu suatu ruang dengan rekaan yang lebih praktikal dan mudah diakses oleh pengguna. Rekaan itu akan dibuat dengan kerjasama agensi negeri yang berkaitan.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Harun Abdullah berkata, MoU yang ditandatan­gani itu bertujuan mewujudkan ruang bagi menempatka­n bahan berkaitan Amerika Syarikat seperti bahan pendidikan, geografi, sejarah, masyarakat serta budaya.

Jika di Perpustaka­an Awam lain di Malaysia, ruangan ini dikenali sebagai Lincoln Resource Centre (LRC). Kini, terdapat sembilan LRC di perpustaka­an awam seluruh Malaysia iaitu di Kuala Lumpur; Melaka; Sarawak; Kedah; Kelantan; Seberang Jaya Pulau Pinang; George Town Pulau Pinang; dan Johor.

Turut hadir dalam majlis menandatan­gani MoU itu adalah Pendaftar UMS No’man Ahmad dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan, Kedutaan AS Michael Cavey.

 ??  ?? HARUN (tiga kiri) bertukar dokumen bersama Frank (tiga kanan) selepas menandatan­gani MoU antara UMS dan Seksyen Perhubunga­n Awam Kedutaan Amerika Syarikat, sambil disaksikan oleh No’man (dua kiri) serta Michael (dua kanan) serta pegawai kanan UMS yang...
HARUN (tiga kiri) bertukar dokumen bersama Frank (tiga kanan) selepas menandatan­gani MoU antara UMS dan Seksyen Perhubunga­n Awam Kedutaan Amerika Syarikat, sambil disaksikan oleh No’man (dua kiri) serta Michael (dua kanan) serta pegawai kanan UMS yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia