Utusan Borneo (Sabah)

Konsert ‘Love Me For What I Am’ ketengah bakat kanak-kanak autisme

-

KUALA LUMPUR: Mendekati kanakkanak Autisme yang menghidapi kesukaran komunikasi dan mempunyai tingkah laku yang terhad bukan satu perkara mudah apatah lagi mahu menyatukan mereka dalam satu pentas.

Walaupun mereka dilihat sukar untuk fokus, namun kanak-kanak ini berjaya membuktika­n mereka juga berbakat setanding kanak-kanak normal melalui konsert amal yang bakal dipentaska­n pada 8 dan 9 Okt ini di Damansara Performing Arts Centre.

Pengarah muzik konsert tersebut Joanne Poh Yuet Foong berkata bukan mudah untuk melatih sembilan kanak-kanak istimewa tersebut menguasai kemahiran nyanyian tetapi ianya tidak mustahil dengan cara pendekatan psikologi bersesuaia­n.

“Kita kena faham kanak-kanak Autisme amat sensitif dengan bunyi jadi apabila melatih mereka saya tidak boleh menjerit atau memberi arahan dengan kuat seperti yang digunakan ketika melatih kanak-kanak normal.

“Pelbagai kaedah dan cara dicuba bagi menarik perhatian mereka untuk terus menyanyi, misalnya ketika mengajar latihan asas vokal Do Re Mi saya ajak mereka buat gaya ‘lompat katak’ secara tu- run naik bersama-sama,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Konsert amal bertajuk ‘Love Me For What I Am’ itu adalah kerjasama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan kumpulan nyanyian sukarelawa­n The Voice of Hope KL. Sementara itu, pengerusi NASOM Feilina Feisol berkata konsert anjuran kali ketiga itu juga bertujuan meningkatk­an kesedaran masyarakat selain mengumpul dana untuk program pembanguna­n kira-kira 500 kanakkanak di bawah naungan persatuan itu.

Feilina berkata tidak ramai memahami cabaran dihadapi oleh penghidap Autisme yang memerlukan penjagaan jangka panjang malah ramai ibu bapa tidak sedar jika anak mereka mempunyai simptom gangguan itu memandangk­an ia sukar dikesan dan berbeza bagi setiap individu.

“Penghidap Autisme akan menjalani hidup yang sukar begitu juga keluarga...orang ramai juga harus memainkan peranan dalam memahami tingkah laku kanak-kanak serta turut memberi sokongan,” katanya.

Feilina berkata NASOM menyasarka­n kutipan lebih RM30,000 melalui penganjura­n acara dua hari itu yang dijangka dihadiri kira-kira 200 penonton. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia