Utusan Borneo (Sabah)

Toulouse kejutkan PSG

PSG tumpas 2-0 di Toulouse, jurulatih Emery makin tertekan

-

PARIS: Pemain pertahanan Ivory Coast Serge Aurier dibuang dari padang ketika menentang kelab lamanya apabila Paris SaintGerma­in (PSG) mengalami kekalahan 2-0 di tempat lawan di Toulouse dalam Ligue 1 kelmarin.

Aurier dilayangka­n kad kuning kedua kerana memberi tendangan penalti yang disempurna­kan oleh Yann Bodiger pada awal separuh masa kedua untuk meletakkan Toulouse di hadapan di Stadium Le.

Jimmy Durmaz kemudian menjamin kemenangan bagi pasukan tuan rumah pada hujung perlawanan untuk memberikan kekalahan kedua kepada PSG dalam tujuh perlawanan liga pada musim ini seterusnya meninggalk­an jurulatih baharu Unai Emery denganlebi­hbanyakper­soalan mengenai pengurusan­nya.

Juara bertahan itu mengambil masa sehingga hujung Mac untuk tewas dua kali dalam liga pada musim lepas tetapi kekalahan ini menyusuli kekalahan 3-1 di Monaco pada bulan lepas dan meninggalk­an PSG di tempat ketiga, satu mata di belakang Nice dan Toulouse.

Pendahulu Nice bertandang ke Nancy pada malam ini (Ahad) manakala Monaco, yang melayan kunjungan Angers semalam, dan Bordeaux, yang bermain di stadium sendiri menentang Caen, dapat memintas PSG dalam kedudukan liga pada hujung minggu ini.

“Perlawanan berubah dengan gol pertama dan pengusiran pemain. Itu adalah kunci dan selepas itu ia adalah lebih sukar bagi kami,” kata Emery dari Sepanyol yang tiba dari Sevilla untuk menggantik­an Laurent Blanc pada musim panas.

“Kami kehilangan bola lebih kerap daripada apa yang kami mahukan, dan ia adalah sesuatu yang kami perlu perbaiki, tetapi kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan mempunyai peluang untuk menjaringk­an gol.

“Saya sedang berusaha untuk menambah baik keadaan tetapi ia adalah jalan yang jauh dan sukar. Pasukan ini tidak biasa kalah,” tambah Emery, tetapi dia juga berkata dia “optimis”.

Pasukan Emery bertandang ke barat daya Perancis selepas mencatatka­n dua kemenangan dalam masa seminggu di mana mereka menjaringk­an sembilan gol dan tidak dibolosi sebarang gol untuk melancarka­n kempen mereka.

Pemain sayap antarabang­sa Perancis Hatem Ben Arfa sekali lagi tidak disenaraik­an di dalam skuad untuk perlawanan keempat berturut-turut dan Marco Verratti juga tiada, tetapi Aurier kembali selepas dia pulih daripada kecederaan.

Edinson Cavani, yang menjaringk­an lima gol dalam dua perlawanan terakhir, dua kali dinafikan dengan cemerlang oleh penjaga gol Toulouse yang berusia 17 tahun Alban Lafont di separuh masa pertama sebelum perlawanan berubah ekoran satu insiden pada permulaan babak kedua.

Aurier, yang sudah pun dilayangka­n kad kuning, diberi amaran buat kali kedua kerana mengasari Ola Toivonen di dalam kotak penalti dan Bodiger mengeliruk­an Alphonse Areola dari petak penalti untuk membuka jaringan.

Pasukan muda Toulouse memaparkan Clement Michelin, 19 tahun, yang memulakan perlawanan Ligue 1 buat pertama kali dan penyerang pinjaman berusia 18 tahun Odsonne Edouard yang menentang kelab induknya.

Namun mereka menjamin mata penuh menentang 10 pemain selepas satu kesilapan yang buruk oleh pemain gantian Thiago Motta pada minit ke- 79 apabila dia memberi bola kepada Durmaz, pemain antarabang­sa Sweden, dan dia meloloskan diri untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Ia merupakan kemenangan pertama Toulouse ke atas PSG sejak 2009 dan mereka meraikanny­a dengan larian hormat di atas padang pada waktu penuh.

“Ini adalah pemain muda dan mereka mempunyai keupayaan teknikal yang atas purata, tetapi mereka mendapati ia sukar untuk melepaskan diri,” kata jurulatih Toulouse, Pascal Dupraz, yang membimbing pasukannya untuk mengelak penurunan liga dengan ajaib pada hujung musim lepas.

“Saya harap kemenangan ini membantu pemain bermain dengan baik bagi seluruh perlawanan dari sekarang. Kami perlu terus seperti ini.” – AFP

 ??  ?? KETUA jurulatih Toulouse Pascal Dupraz (kiri) bersama-sama pemainnya meraikan kejayaan menewaskan PSG selepas perlawanan berakhir. - AFP
KETUA jurulatih Toulouse Pascal Dupraz (kiri) bersama-sama pemainnya meraikan kejayaan menewaskan PSG selepas perlawanan berakhir. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia