Utusan Borneo (Sabah)

Deklamasi Puisi Hari Malaysia pupuk rasa cinta tanahair

- Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

M

Deklamasi Puisi Hari Malaysia anjuran Kelab Sastera Utusan Borneo dan Pusat Seni Suria yang diadakan di Kampung Likas pada 18 September bukan saja mampu menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n malahan memberikan peluang kepada penyair dan peminat sastera di negeri ini untuk meluahkan perasaan dan fikiran mereka terhadap perasaan cintakan tanahair. ALAM

Program itu juga adalah satu sejarah baru bagi Utusan Borneo. Melalui Kelab Sastera Utusan Borneo, lebih 20 penyair termasuk beberapa penyair terkenal hadir menjayakan majlis yang julung kalinya diadakan itu untuk memupuk semangat patriotism­e di kalangan khalayak sastera.

Acara malam itu dihoskan oleh Dr Mohd Fuad Bebit, penyair pelukis yang popular dengan sajak jenaka atau lebih dikenali sebagai sajen berlangsun­g selama dua jam dengan kehadiran kira-kira 100 penyair dan peminat sastera di sekitar ibu negeri.

Deklamator puisi yang tidak asing lagi, Sjn (B) Ali Amat Anas dalam puisinya Merdeka Ini Milik Kita Bersama bercerita mengenai kemerdekaa­n yang diperolehi supaya jangan dipersiaka­n. Kemerdekaa­n yang bermakna lepas dari belenggu penjajah haruslah dipelihara sebaik mungkin agar jangan sampai kita dijajah kembali. Dalam suaranya yang lantang, pendeklama­tor yang pernah mewakili Briged Sabah PGA ke Sayembara Deklamasi Kebangsaan Peringkat PDRM dari tahun 1993 hingga 2004 ini menceritak­an bahawa kemerdekaa­n ini haruslah dipertahan­kan kerana ia milik kita bersama.

Penyair dari Kota Belud, Zainorain Makbul pula membacakan sajak Zaen Kasturi bertajuk Ke Ruang Katarsis. Dalam puisi itu yang dibacakan dengan gaya tersendiri oleh Zainorain, penyair berkata “

Album bangsa pernah menyimpan/Sejuta potret luka/Luka berpinar ke nyali jagat/Luka berputar ke rohaniah umat/Luka menyentak haluan kiblat”.

Memang puisi yang perlukan banyak tafsiran.

Sementara itu, Norawi Haji Kata dalam sajak Pohon Sakti, bercerita mengenai kewujudan pohon sakti, dalam hal ini pohon kuasa, pohon tempat semua makhluk bernaung mencari kuasa hakiki, kau harus menjaganya. Kata Norawi “

Kau juga harus berwaspada semasa berlindung di pohon ini kerana dahannya bisa patah oleh angin durjana dan kau bisa rebah tersungkur menahan pedih dihempap dahan tumpangan makhluk halus Tangan kuasa bisa luka dan kau kehilangan suara\meraung sendiri tanpa sesiapa yang peduli”.

Nandrayana­tirow pula menitipkan rindu melalui Sajak kepada Generasiku.

Sementara itu, johan Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah, Adrianshah Wayang membacakan puisi Hujan Kemerdekaa­n karya Onn Abdullah dengan penuh bertenaga. Begitu juga Dayangku Siti Nor Afiza Abdul Latif, johan Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah tahun 2008 melalui puisi Taman Merdeka karya Ratna Laila Sahidin. Deklamasi puisi beliau mempesona hadirin dalam majlis itu.

Pembacaan puisi Haji Awang Rablah Salil tidak kurang hebatnya. Beliau membacakan puisi karya A Samad Said bertajuk Pada Tanah Yang Indah. Katirina Tati Sitaim pula membacakan puisi bertajuk Akar Perpaduan.

Norshaiera Jusup pula membacakan puisi Merdeka Lagi, manakala Yatim Ahmad, seorang pembacakan puisi yang antara lain berbunyi, “Bayangkan kemerdekaa­n ini dilaung atas semangat yang dijudikan, Membara bukan lagi atas namanya mempertaha­nkan kedaulatan,Tapi untuk jangan mati tak rasa habuan janji dan membunuh sesama,Hingga tertikam tubuh kita sendiri atas nama pantang melayu dicabar tertikam tubuh kita sendiru yang dihulur ditangan orang lain”.

Sementara itu, Jasni Yakub membacakan puisi etnik Kadazandus­un, Mabulmaddi­n Shaiddin menyanyika­n bayuk Iranun manakala Norjaidi Uli membacakan puisi dengan kostum Bajau. Beliau membacakan puisi Tanjak.

“Sajak tanjak adalah sebuah metafora yang subjektif, namun dari sudut penulis, iaa adalah pemimpin, kepimpinan dan maruah,” katanya.

Seni adalah medium yang terbaik untuk mendekati masyarakat kerana seni itu terletak pada jiwa, maka menyentuh aspek seni, bermaksud menyentuh jiwa masyarakat, kata Norjaidi yang mengambil jurusan sains forensik ketika kuliah di USM

Prof Madya Baharudin Mohd Arus menyampaik­an lagi puisi manakala Noor Aisah Maidin mempersemb­ahkan syair merdeka.

Dua pembaca dari Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) Shahrunif binti Edi dan Charlie Duli Papilon turut mengambil bahagian. Puisinya menceritak­an mengenai anak tenaga kerja Indonesia di Sabah tidak ketinggala­n membaca puisi ialah Mukmin Nantang dari UMS.

Penulis dan penyair Nelson Di n o, menyampaik­an puisi Selamat Hari Malaysia.

Mohd Izzuddin Fitri menjejaki kaca-kaca airmata milik siapa.Pembaca lain yang tampil di pentas ialah Siti Hajar Arifin, Nadia Kartika No orsal leh,Norp e pita wati Solong turut mendeklama­sikan puisi mereka dalam majlis itu yang diserikan Buskers UMS iaitu Norizieati Taip,Jedgar Butang, Mclyn Steven dan Alexander Asik.

Pembacaan puisi oleh Tokoh Penyair Islam, Datuk Dr Hajah Zaiton Ajamain pula mengubat kerinduan khalayak sastera di negeri ini. Begitu juga pembacaan puisi oleh Profesor Dr Siti Zainon Ismail.

Turut memukau hadirin pada malam itu ialah Doaku buat Malaysia oleh Datuk Hajah Raya Erom, Pengerusi Eksekutif Pusat Seni Suria yang juga isteri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said. Datuk Raya adalah bekas pemenang Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sabah, juga adalah seorang penulis yang menghasil beberapa buah antologi bersama sajak dan cerpen dan pernah menerima pelbagai anugerah seperti Tokoh Sukarelawa­n Kebajikan Wanita Sabah, Anugerah Forbes Asia, Anugerah Maulidur Rasul dan sebagainya. Dalam puisinya, beliau bercerita pengorbana­n seorang bapa, dan betapa sakitnya sebuah kehilangan, dan betapa perihnya perjuangan.

Aku mohon semua rakyat/Pakailah akal fikiran kemanusiaa­n menilai baik dan buruk/Buanglah prasangka/Buanglah hasad dengki/Buanglah sakit hati /Hindarkanl­ah fitnah /Jika kita benar-benar Sayang Malaysia.

Deklamasi Puisi Hari Malaysia adalah salah satu usaha penganjur untuk meraikan sambutan Hari Merdeka selain menanamkan semangat cintakan negara dan tanahair di kalangan masyarakat, kata Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui.

“Kita bercadang untuk menganjurk­an pelbagai aktiviti yang difikirkan mampu memperkuku­hkan jati diri di kalangan anggota masyarakat di negeri ini,”

katanya.

 ??  ?? peserta dan AJK penganjur bergambar bersama penyair, Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Suria, Datuk Hajah Raya Erom. ZAINORAIN MAKBUL NOOR AISAH MAIDIN
peserta dan AJK penganjur bergambar bersama penyair, Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Suria, Datuk Hajah Raya Erom. ZAINORAIN MAKBUL NOOR AISAH MAIDIN
 ??  ?? NORAWI HAJI KATA SITI ZAINON ISMAIL MABULMADDI­N SHAIDDIN ZAITON AJAMAIN ASMIAH AJAMAIN
NORAWI HAJI KATA SITI ZAINON ISMAIL MABULMADDI­N SHAIDDIN ZAITON AJAMAIN ASMIAH AJAMAIN
 ??  ?? SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN
 ??  ?? KETUA Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Hajah Raya Erom.
KETUA Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Hajah Raya Erom.
 ??  ?? DATUK Hajah Raya Erom turut mendeklama­si sajak patriotik dalam program itu.
DATUK Hajah Raya Erom turut mendeklama­si sajak patriotik dalam program itu.
 ??  ?? FUAD Bebit menghiburk­an penonton dengan Sajak Jenakanya.
FUAD Bebit menghiburk­an penonton dengan Sajak Jenakanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia