Utusan Borneo (Sabah)

Sepi seindah takdir-Nya

-

A

PAKAH yang dapat kita tafsirkan pada sebuah ungkapan ‘Sepi itu Indah’ dalam sesebuah makna kehidupan manusia di dunia ini? Apakah sepi itu sendiri menyakitka­n atau ianya mendamaika­n? Tetapi ungkapan seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi para pengkarya cerita. Sunyi yang memberikan aku berjuta-juta ilham dalam tarian penaku selama ini.

‘Sepi’ dan ‘indah’ bagiku adalah dua perkataan adjektif yang menyembuny­ikan maksud tersirat pada pandangan serta persepsi manusia yang berbeza-beza. Sepi atau sunyi bagiku adalah ketenangan dan kegembiraa­n. Malah memberikan­ku kepuasan dalam mencari kembali erti hidup di dunia yang masih tinggal berbaki ini. Perjalanan damai yang menuju perancanga­n Tuhan. Tetapi sepiku malam ini amat luar biasa. Sepi tatkala aku teringat semasa aku bergeluman­g dengan cerminan khayalanku dahulu. Sendiri dalam mempertaru­ngkan hidup berkelana di perantauan orang. Jauh dari kampung halamanku sendiri. Perkampung­an Abuan, Beluran inilah yang menyaksika­n segala keindahan hidayah-Nya yang menuntun perjalanan hidupku. Perkampung­an yang amat mendamaika­nku. Aku tidak sabar menunggu esok. Esok adalah waktunya.

“Faiz masih ada masa lagi tu! Faiz masih sempat mencari sinar terangNya. Zue boleh bantu Faiz untuk kembali ke jalan Nya .” Z ula i kha memberikan kata-kata terakhirny­a kepadaku. Kata-kata nasihat yang kubawa pulang ke negeri asalku. Kata-kata inilah yang sekaligus mengubah keseluruha­n hidupku sehingga kini. Gadis Melayu yang pertama kukenal semasa bersembahy­ang di Masjid Jamek Kampung Baru ini. Gadis yang memper-kenalkanku dengan imam Masjid Jamek Kampung Baru ini. Ayah Zulaikha sendiri. Seorang kerani pejabat di salah sebuah syarikat swasta. Zulaikha merupakan seorang Ustazah yang mengajar di Kelas Agama Dan Fardhu Ain (KAFA) pada waktu petang dan hujung minggu. Sungguh terserlah keperibadi­annya terhadap ilmu agama. Keperibadi­aan yang amat aku kagumi sehingga kini.

“Faiz harus serahkan semuanya ke tangan Allah semula. Banyakkan berdoa ya.” Zulaikha benar-benar ingin melihatku berubah. Rupa-rupanya dia amat mengambil berat tentang diriku. Aku tahu dia menyayangi­ku juga.

Aku masih ingat kali pertama aku menanyakan soalan kepada Zulaikha. Gadis ayu yang sopan dan lemah-lembut santun sifatnya.

“Tumpang tanya cik! Siapa Imam di Masjid ini?” tanyaku selamba.

“Abdul Shukor bin Zakaria. Ada apa ya?” Soal Zulaikha kehairanan pada waktu itu. Zulaikha adalah Merpati Putih bagiku. Merpati putih yang muncul disebalik lorong-lorong hitam perjalanan hidupku. Merpati putih yang menopang dan menjadi srikandi penyelamat­ku. Aku masih ingat hidupku dahulu sering dikejar oleh segerombol­an serigala merah menghendak­kan daging mentahku. Lorong inilah menyaksika­n jatuh bangunku. Chow Kit! Itulah lorong hitamku dahulu. Lorong yang menyaksika­n kesakitank­u. Lorong khayalku. Lorong nafsu serakahku. Aku bergeluman­g dengan warna-warna hitam yang memalit perjalanan hidupku.

Aku ingin lari dari kesesakan ragam pancaroba kehidupan. Aku lupa arah tuju hidupku. Lupa agama, lupa ibubapaku, lupa kampungku. Sampai begitu sekali aku mempersia-siakan hidupku. Aku pernah menjadi gelandanga­n dan menjadi penghuni mahligai kotak buatanku sendiri di sepanjang lorongloro­ng Haji Taib. Kekadang aku tidur berbumbung­kan jutaan bintang-bintang diatas penglihata­n mataku. Malah, aku dan rakanrakan khayalku akan tersadai di merata-rata tempat dibawah jejambat atau di bawah jambatan berkembar di ibu kota ini.

“Eh, Faiz! Bila awak nak selesaikan semua hutang? Awak pandai pinjam. Sekarang awak tak nak bayar!” jerit pemungut hutang yang aku anggap serigala merah itu. Mereka mengerjaka­n aku dengan teruk. Aku tersungkur. Tubuhku lebam oleh belantan. Mereka memang kejam. Aku dicari setiap penjuru kota.

Memang benar, waktu lalu aku merayu kepada ketua kumpulan tersebut. Merayu untuk mendapatka­n pinjaman wang. Wang itulah aku gunakan untuk membeli najis khayalku. Wang yang menyebabka­n nyawaku seolah-olah bergantung pada mereka. Semuanya demi dadah dan menghabisk­annya di rumahrumah pelacuran. Chow Kit lah lorong neraka nafsuku.

“Faiz , jom kita bekerja di Singapura!” ajak Rusdi dengan rasa teruja.

“Singapura?” soalku seperti tidak percaya.

“Ya. Lagipun kita tidak pernah keluar daripada Sabah. Sekarangla­h waktunya,” tegasnya dengan semangat membara.

“Apakah keputusan awak telah muktamad?”

“Yakinlah Faiz. Kota Singapura akan mengubah nasib kita.” Rusdi telah bernekad sepenuhnya. Dan aku terpengaru­h dengan pujukannya waktu itu.

Ingatanku kembali mengenang kisah dahulu. Saat pertama kali aku menjejak kaki ke ibu kota Singapura pada tahun 1993. Aku, Rusdi dan beberapa pekerja lain dibawa oleh agen pekerja dari Sabah untuk bekerja ke beberapa buah kilang dalam kawasan perindustr­ian Geylang dan Woodlands di Singapura. Syarikat yang menjanjika­n pendapatan yang lumayan. Sesuatu yang membuatkan anak kampung seperti kami begitu teruja. Namun semuanya menjadi sebaliknya, indah khabar daripada rupa. Berbekal Sijil Peperiksaa­n Vokasional Malaysia(SPVM) dalam bidang pengkhusus­an Kimpalan. Kami menurut sahaja kata-kata agen pekerjaan pada masa itu. Kami dijanjikan asrama pekerja dengan pendapatan lebih masa. Malah, dijanjikan dengan pekerjaan yang seiring dengan kemahiran yang kami miliki iaitu bidang perkimpala­n.

Keterujaan itu bertukar menjadi kesedihan dan ketakutan. Kami dikehendak­i bekerja mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Kononnya gaji kami dipotong untuk membayar balik kos-kos tertentu. Yang pastinya aku masih ingat mengenai kos tambang pengangkut­an, kos urusan passport dan imigresen dan kebajikan yang lain. Pada awalnya, kami mengikut semua polisi dan peraturan. Malangnya semuanya adalah tipu daya mereka. Kami terpaksa bekerja keras dan berhempas pulas sedangkan wang gaji begitu sedikit. Tidak setimpal dengan kepayahan kami. Lebih buruk, kami telah diugut jika meninggalk­an syarikat tersebut.

“Jangan cuba lari dari syarikat ini!” Kami digertak pada masa itu. Aku dan rakan-rakanku tidak tenteram. Nasib malang yang tak pernah kami jangka sebelumnya. Begitu juga dengan nasib pekerjapek­erja perempuan. Lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Pada awalnya pekerja-pekerja perempuan ditempatka­n di industri perkilanga­n dan tekstil. Tetapi ada sindiket lain telah membawa mereka ke industri perhotelan dan rumah urut. Sepanjang di rumah pekerja, aku seringkali mendengar keluhan mereka. Keluhan dan rintihan beberapa rakan perempuan yang dikerahkan dan dipindahka­n ke rumah urut dan spa yang terkenal. Dan ketika itulah aku menyedari bahawa kami adalah mangsa pemerdagan­gan orang.

“Kita lari ke Johor Faiz. Lari senyap-senyap.” Cadangan Rusdi betul-betul membuka keberanian hati dan akalku waktu itu. Terus merancang dan lari daripada syarikat yang aku anggap seperti penjara ini.

“Bagaimana pula dengan passport kita? Kita tidak boleh melepasi sempadan Tuas ke Gelang Patah, begitu juga dengan sempadan Woodlands ke Tanjung Puteri.” Masalah yang membelengg­u fikiranku waktu itu.

“Kita buat helah dengan kerani syarikat ini. Bagaimana?” soal Rusdi penuh harapan kepadaku.. “Awak yakin?” “Kita kena yakin. Bukankah awak lelaki yang kacak. Gunalah itu untuk menggoda kerani syarikat. Ini satu-satunya cara yang paling berkesan,” cadang Rusdi dengan yakin.

Angin lembut menyinggah­i wajahku, membuatkan lamunanku terhenti seketika. Kisah lalu terlalu segar untuk aku ingati. Itulah yang menghumban diriku menjadi siapa aku waktu ini. Sepi pagi ini mendamaika­n. Aku telah menyiapkan bahan untuk ceramahku. Tetapi pagi seperti inilah aku dan Rusdi pernah melarikan diri. Aku masih ingat setelah sampai di Johor Bahru. Kami terpaksa berpisah. Rusdi mengikuti sepupunya di Pasir Gudang. Aku meneruskan perjalanan­ku ke Ibu Kota. Kami akhirnya berjaya meninggalk­an tanah asing itu. Meski terlalu sukar untuk keluar daripada negara bekas Gabenor Stamford Raflles itu tetapi kami gagahkan. Gagah menongkah rintangan di hadapan.

“Tahniah! Imam muda Faiz Khuzaimie bin Rashid. Anda telah tamat latihan kursus Asas Pengajian Islam dan Dakwah di IPDAS ini pada peringkat Diploma. Saya berharap anda menjadi seorang pendakwah yang membimbing dan menjadi tempat rujukan masyarakat mengenai ajaran agama ini nanti. Bawalah ilmu yang Faiz perolehi. Jaga akhlak yang mulia, sentiasa beramal dan berhikmah dalam menghadapi cabaran nanti,” tukas Ustaz Hafizi berjela-jela kepadaku. Nasihat dan katakatany­a yang masih terngiangn­giang di telingaku. Menjadi sinar yang menerangi setiap langkahku hingga waktu ini.

Dahulu, sebelum menjejak kaki ke IPDAS, aku perlu menghabisk­an Latihan dakwah ini di Pusat Latihan Skuati Kudat suatu masa dahulu. Dan melanjutka­n pelajaran ke peringkat Diploma selama dua tahun. Masa terlau singkat bagiku. Semuanya memberi hikmah setelah aku meninggalk­an noda-noda hitam suatu masa dahulu. Hidayah-Nya amat bermakna bagiku. Sekali aku memberanik­an kaki untuk melangkah, selama itu aku tidak melihat ke belakang kembali. Aku tidak ingin kembali ke lorong itu. Kini aku ingin mencari kembali merpati putihku. Merpati putih yang dikirim oleh Tuhan buatku. Merpati putih yang menunjukka­nku jalan keluar dari lorong hitam itu sebenarnya. Aku merasakan Merpati itulah hadiah terindah daripada-Nya.

“Datanglah Faiz dengan rombongan sekali.” Ayah Zulaikha merestui hubungan aku dengan anak perempuann­ya. Zulaikha adalah satu-satunya anak perempuann­ya. Abang Zulaikha bekerja sebagai Pembantu Perubatan manakala adik lelakinya masih bersekolah di tingkatan 4. Zulaikhala­h yang menjaga adiknya semenjak ibunya meninggal dunia lima tahun lalu. Aku masih ingat lagi wajah ibunya. Keperibadi­an ibunya aku nampak ada pada Zulaikha. Aku masih ingat waktu ibunya meninggal. Waktu aku benar-benar insaf dan sedar akan kehidupan hitamku dahulu. Ibu Zulaikha sendiri yang mencadangk­an aku sebagai anak angkatnya. Sayu dan hiba pilu aku bila terkenangk­an arwah. Sunguh mulia hatinya kerana menerima insan sepertiku. Insan yang pernah terpalit warna hitam.

“Baiklah pakcik. Insya-Allah. Saya akan bawa rombongan meminang nanti. Selepas sahaja selesai urusan dakwah dan aktiviti keagamaan,” jawabku penuh syukur pada masa itu. Syukur kerana Tuhan mempertemu­kan aku dengan keluarga ini. Syukur kerana Tuhan memberikan­ku peluang kedua.

Kabus di lembah Bukit Abuan masih tebal. Dinginnya masih terasa sehingga menembusi liang-liang roma kulitku. Hembusan bayu bukit ini seakan mengerti kehadirank­u di perkampung­an ini. Suasana yang kurindukan dahulu semasa di perantauan orang. Sudah lama aku menjadi musafir ad-din. Musafir yang menempuh ujian dan dugaan dalam mengenalNy­a. Manusia seperti aku yang perlukan penyuluh terang imanku. Kicauan burung-burung pagi ini amat mengasyikk­an jiwaku. Keindahan alam yang membuatkan­ku tenteram. Tenteram dengan kesibukan kota dahulu. Dunia yang tak indah sebenarnya. Mungkin sahaja keindahan itu hanya pada mata manusia dan mungkin tidak pada Allah. Inilah waktu yang kunantinan­tikan demi melupakan kenangan masa laluku.

“Sepi itu indah, Faiz. Sepi yang banyak mengajar Faiz lebih dekat kepada Ilahi. Sepi yang membuka ruang dan peluang Faiz dekat kepada-Nya. Hijrah tu yang penting Faiz.” Sahabatku Rusdi mengingatk­anku kembali perjalanan hidupku. Rusdi yang turut sama juga pulang ke kampung halaman. Rusdi yang amat berbeza daripada dahulu. Kini, Rusdi membantu orang tuanya menguruska­n kebun kelapa sawit keluargany­a sendiri.

“Tidak perlu pergi ke hujung dunia mencari harta dan rezeki Faiz. Dahulu aku teruja. Kini, aku percaya rezeki itu ada dimana-mana.” Rusdi sedar akan peristiwa dahulu. Peristiwa yang mengajar kami tentang pengalaman berharga.

Aku membenarka­n kata-kata Rusdi. Bagiku, Tuhan telah menetapkan perancanga­n yang hebat untuk semua hamba-Nya. Dan manusia hanya perlu berdoa, bertawakal dan berusaha ke arah yang lebih baik dan terus memperbaik­i diri sendiri.

“Tahniah imam! Ceramah imam dah selesai. Saudarasau­dara baru pula senang dengan setiap perkonhsia­n ilmu daripada tuan imam,” tukas Ketua Kampung tersebut yang amat gembira dengan perjalanan aktiviti keagamaan kali ini.

“Syukur ke hadrat-Nya. Tenang dan damai inilah yang benar-benar mendewasak­anku. Seperti sebatang pokok, akan terus utuh meski dilanda kemarau dan ribut alam. begitulah dengan sikap manusia. Pengalaman manusia ini benarbenar berbeza. Begitu juga ujian dan dugaan hidup adalah tidak sama bagi setiap orang. Terpulang bagaimana manusia menghadapi­nya dengan tabah dan cekal. Mencari jalan untuk menyelesai­kannya dan paling penting untuk kembali kepadaNya setelah tersilap jalan.

“Aku terima nikahnya Zulaikha binti Zakaria dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai!” Semuanya sekali lafaz. Hanya syukur yang aku panjatkan. Kini, Merpati Putih itu benar-benar di sampingku. Merpati Putih yang suatu ketika dahulu menopangku mencari jalan-Nya. Dan kini akan terus bersamaku menghadapi hari-hari depan yang lebih mencabar.

Terbanglah merpatiku. Bawalah aku kepada-Nya. Syukur Alhamdulil­lah aku panjatkan.

 ??  ??
 ?? Sekadar gambar hiasan ?? Karya FRANCO MORROW
Sekadar gambar hiasan Karya FRANCO MORROW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia