Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

DAERAHKU Kau daerah sepi yang aku tinggalkan belum bertitik kerinduan ini meski nafas bertukar irama penantian yang sering berbisik menumpah di halaman setia menatang purnama bulan mengendung manis cinta tanpa meminta gerimis takdir. 23.07.2016 BANDAR TASEK MUTIARA KEBEBASAN i Aku sudah siap melintas senyap meninggalk­an jejak di lumpur menjaring makna rindu berkurun terkurung bermain asap di atas awan sesekali angin datang mentertawa­kan sendiri menelan renai gerimis tak sempat menjadi hujan biar aku kembali kepada mazmur hingga ke malam aku menadah ke langit Tuhan menungguku ii aku bukan sapertimu masih berdiri mengangkan­g di sebalik lalang. di sisimu sampan pengayuh entah ke mana di sisimu temali timba entah sembunyi di mana kau hanya menendang landak. 06.03.2016 Bandar Tasek Mutiara PESAN DIRI Kembalilah ke ruang nyata bermukim didodoi alpa meninggalk­an angan kosong yang menjajah rasa mengecap mulianya hijrah membentuk semula peribadi sahsiah dalam alun suara muazin yang memanggil redahlah jalan-jalan gelap malaikat dari syurga menjagamu Pilihlah jalan-jalan putih yang berlagu kedamaian Siulkan muzik kasidah dengan ayat-ayat al-manzil Senyawakan degup cinta merapati saf para syuhada Siapkan benteng kesabaran mendakap takwa Janji Allah benar Ridwan menantimu di pintu syurga 12.09.2016 PULAU PINANG NORJANNAH MA atau nama sebenar JOHANA LEO A U GUSTI N E@ NOR JANA M OH DAD NAN dilahirkan di Kampung Batangan/Barus Tuaran Sabah. Kini menetap di Pulau Pinang. Menggunaka­n nama samaran Norjannah MA atau Pena Abadi dalam bidang penulisan. Beliau terlibat dengan bidang penulisan sejak tahun 1989. Karya-karyanya pernah termuat dalam kumpulan puisi Islam ‘Jalan ke Hujung Taman’ terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (1991) Antologi cerpen Penulis Wanita Sabah ‘Hikmah’ terbitan DBP (1995) Antologi cerpen ‘Titian Permata’ (1993) terbitan DBP. Menyepi diri hampir dua puluh tahun dalam bidang penulisan kerana menumpukan kepada kerjaya dan keluarga. Aktif semula pada akhir 2010 dan menghasilk­an buku kumpulan puisi pertama ‘SETIA MENGALIR’ yang diterbitka­n oleh PERWILA (2010) diikuti dengan kumpulan puisi kedua ‘MAHAGAR yang diterbitka­n oleh ITBM/ Institut Terjemahan Buku Malaysia(2013).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia