Utusan Borneo (Sabah)

Bas sekolah terbalik, lebih 12 cedera di Texas

-

HOUSTON: Sebuah bas sekolah terbalik di tenggara Texas, kelmarin, mencederak­an lebih 12 pelajar dan pemandu, menurut syerif tempatan dan sekolah tempatan.

Bas tersebut terbalik ketika membawa pelajar pulang dari sekolah di Crosby, Texas, timur laut Houston, menurut Pejabat Syerif Daerah Harris dalam Twitter.

“Kami boleh mengesahka­n beberapa kecederaan telah dilaporkan tetapi tidak diketahui tahapnya.”

Sekolah Swasta Daerah Crosby menyatakan dalam Facebookny­a bahawa 14 orang, termasuk pemandunya, telah dihantar ke beberapa hospital tempatan dengan ambulans.

Beberapa jam kemudian pihak sekolah daerah menyatakan pemandu dan kesemua pelajar telah dibebaskan dari hospital.

“Kami amat bersyukur mampu untuk melaporkan berita baik ini selepas satu kejadian yang amat tegang dan menakutkan,” tambah sekolah itu.

Timbalan syerif Harris memberitah­u KHOU-TV tempatan bahawa kecederaan kebanyakan­nya benjol dan lebam.

Pusat Kecemasan Jiran Crosby tidak menyatakan jumlah ramai pelajar yang telah diterimany­a.

KHOU melaporkan bahawa pemandu bas memberitah­u penyiasat beliau membelok untuk mengelak kenderaan lain lalu hilang kawalan.

Pejabat syerif dan pihak sekolah daerah menyatakan itu berbeza dengan laporan awal bahawa tiada pelajar yang terperangk­ap di dalam bas yang terbalik.

“Bas 213 telah terlibat dalam satu kemalangan bas yang serius.

“Paramedik yang berada di tempat kejadian kemalangan dan pada masa ini terdapat kecederaan yang membahayak­an nyawa telah dilaporkan,” menurut pihak sekolah dalam Facebook.

“Para oelajar sedang diperiksa oleh kakitangan perubatan.”

Menurut laman sesawangny­a, Sekolah Swasta Daerah Crosby berperanan sebagai sebuah prasekolah, empat sekolah rendah, sebuah sekolah menengah dan sekolah tinggi.

Crosby merupakan sebuah komuniti dengan kira-kira 2,300 orang kira-kira 32 kilometer di timur laut Houston. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia