Utusan Borneo (Sabah)

Lima orang terima anugerah sempena Maal Hijrah di Tuaran

-

TUARAN: Seramai lima orang telah menerima berbagai anugerah bersempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tuaran tahun ini yang diadakan di Dewan Seri Sulaman, di sini, kelmarin.

Mereka ialah Datin Seri Hjh Juliah Salag (Anugerah Tokoh Wanita), Datin Halimah Hj Sidek ( Anugerah Ibu Mithali), Datuk Jahid Jahim ( Tokoh Lelaki), Efaridun Ismail (Tokoh Beliawanis), dan Ustaz Norjeli Hj Dais (Bapa Mithali).

Semua mereka menerima anugerah daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor yang juga Adun Sulaman Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Bagaimanap­un, Norjeli yang sedang mengikuti kursus diwakili isteri beliau.

Sementara itu, Jawatankua­sa Taman Raudhah ( Tanah Perkuburan Orang Islam) Kampung Tambulugu telah dipilih sebagai Taman Raudhah Terbaik.

Hadir di majlis itu ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) Yusof Abbas dan Pegawai Daerah Tuaran AM Ibnu AK Baba selaku pengerusi penganjur.

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Agama Jheains Tuaran Siti Hairyani Hj Yahya, Ketua Polis Daerah DSP Abd Fuad Abd Malek, Setiausaha Politik Abd Kassim Razali, Ketua Daerah Tuaran OKK Daud Hj Sidek, Ketua Wanita Umno Tuaran Jamaliah Antalip, dan Pegawai Pendidikan Daerah Tah Nia Hj Jeman.

 ??  ?? JULIAH menerima anugerah daripada Hajiji, sambil diperhatik­an Yusof dan Ibnu.
JULIAH menerima anugerah daripada Hajiji, sambil diperhatik­an Yusof dan Ibnu.
 ??  ?? JAHID ( kiri) menerima anugerah daripada Hajiji, diperhatik­an Yusof .
JAHID ( kiri) menerima anugerah daripada Hajiji, diperhatik­an Yusof .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia