Utusan Borneo (Sabah)

Polis serbu tujuh lokasi penempatan setinggan

- NARUDIN Oleh SITI AISYAH

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh lokasi penempatan setinggan sekitar bandaraya diserbu dalam Ops Bersepadu Pendatang Tanpa Izin (PTI) Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata operasi selama 10 jam bermula jam 1 pagi itu berjaya menahan seramai 41 PTI.

Katanya lokasi yang terlibat termasukla­h penempatan setinggan kawasan Batu 5 Jalan Tuaran Bypass, Lembaga Padi, Batu 6 Inanam, Kampung Delima, Kampung Juara 1 Sulaman, belakang tamu KPD, dan belakang Istana Negeri Sabah.

Menurutnya kesemua yang ditahan melibatkan warga Filipina termasuk dua lelaki yang ditahan atas kesalahan dadah.

“Kedua-dua lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 12 (2) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Tahanan lain melibatkan 16 orang dewasa iaitu sembilan lelaki dan tujuh wanita berumur lingkungan 25 hingga 55 tahun.

“Turut ditahan seramai 23 remaja berumur 14 hingga 16 tahun iaitu 10 lelaki dan 13 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Katanya PTI yang ditahan dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu selepas proses dokumentas­i dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Chandra berkata tumpuan lokasi operasi berkenaan untuk mencegah kegiatan jenayah di kawasan yang berpotensi sebagai sarang penjenayah serta pengedaran dadah di kawasan bandaraya.

Menurutnya tujuh buah rumah dirobohkan dalam operasi itu manakala dua rumah terbakar akibat litar pintas.

“Operasi perobohan rumah akan dilaksanak­an oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Beberapa punca bekalan elektrik di kawasan terlibat turut diputuskan oleh Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB),” jelasnya.

 ??  ?? PTI yang ditahan dikumpulka­n untuk menjalani pemeriksaa­n.
PTI yang ditahan dikumpulka­n untuk menjalani pemeriksaa­n.
 ??  ?? ANTARA rumah setinggan yang dirobohkan dalam operasi itu.
ANTARA rumah setinggan yang dirobohkan dalam operasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia