Utusan Borneo (Sabah)

Adun Tanjung Batu lawat mangsa kebakaran

-

TAWAU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat telah melawat mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Batu Keramat, di sini, kelmarin bagi menyampaik­an sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Dalam lawatan itu, beliau yang juga Adun Tanjung Batu meminta keluarga mangsa kebakaran supaya bersabar.

Beliau berkata kerajaan sentiasa prihatin terhadap musibah yang dihadapi mangsa dan komited untuk membantu mereka.

“Buat masa ini, kita memberikan bantuan berupa barang makanan dan keperluan dapur untuk mereka meneruskan kehidupan.

“Saya berharap mangsa kebakaran redha dan tabah menghadapi ujian ini,” katanya selepas melawat keadaan keluarga mangsa kebakaran berkenaan.

Sementara itu, dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu Keramat, pada jam 5.27 pagi kelmarin.

Mangsa Buhari Langga, 57, dan anak perempuann­ya Nur Aisyah, 22, ditemui rentung di lokasi berasingan dipercayai terperangk­ap sementara empat lagi ahli keluarga sempat keluar menyelamat­kan diri.

Secara keseluruha­n, sembilan buah rumah terbakar melibatkan lima rumah jenis kayu dan empat rumah lagi 20 peratus terbakar di bahagian dinding. Api berjaya dikawal sekitar jam 6.34 pagi.

Dalam pada itu, Balai Bomba dan Penyelamat Tawau telah menggerakk­an sebanyak tujuh jentera dengan 22 anggota ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran. Turut membantu ialah pasukan bantuan seperti Polis IPD Tawau dan Jabatan Pertahanan Awam Tawau.

Punca kejadian dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Pihak Bomba dan Penyelamat Tawau mengesyork­an kepada jawatankua­sa kampung supaya dapat menubuhkan Pasukan Bomba Komuniti di kawasan mereka.

 ??  ?? HAMISA melawat mangsa kebakaran sambil menyampaik­an sumbangan berupa barangan keperluan harian.
HAMISA melawat mangsa kebakaran sambil menyampaik­an sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia