Utusan Borneo (Sabah)

380 terima Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik Kota Kinabalu

-

KOTA KINABALU: Seramai 380 pelajar daripada pelbagai jabatan akademik Politeknik Kota Kinabalu menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dalam majlis yang julung kali diadakan di kampus politeknik itu, Jumaat lalu.

Kesemua pelajar yang menerima anugerah adalah terdiri daripada para pelajar yang telah mendapat Himpunan Purata Nilai Mata 3.50 dan ke atas bermula daripada semester 1 sehingga penilaian sesi Disember 2015 bagi semua jabatan akademik.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Roslee Yahya berkata penganjura­n majlis Anugerah Pelajar Cemerlang itu amat sesuai bagi mengiktira­f kecemerlan­gan dan menghargai kesungguha­n para pelajar untuk berusaha dalam bidang akademik, seterusnya meningkatk­an daya saing secara sihat dalam kalangan pelajar.

“Majlis ini adalah penting bagi menghargai para pelajar yang berusaha untuk cemerlang dalam bidang akademik dan seterusnya dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus berusaha sehingga tamat pengajian.

“Majlis ini juga diharap akan menjadi platform dan motivasi kepada pelajar lain untuk mengikuti langkah rakan-rakan mereka yang cemerlang ini,” katanya dalam ucapan perasmiann­ya.

Pada majlis itu, Jabatan Kejurutera­an Awam turut menerima Anugerah Jabatan Akademik Cemerlang berdasarka­n prestasiny­a yang cemerlang dalam melahirkan bilangan pelajar cemerlang tertinggi dalam kalangan enam jabatan akademik lain.

Menurut salah seorang pelajar cemerlang Diploma Kejurutera­an Awam, Markfaisar- rudin Mohd Alias, komitmen yang tinggi dan juga sentiasa menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan adalah antara resipi kejayaan yang dipegang beliau sejak di bangku sekolah lagi.

Pelajar berusia 22 tahun itu adalah antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan agregat 3.9 secara konsisten sejak dari semester 1 pengajian di Politeknik Kota Kinabalu.

Anak keempat daripada lima beradik ini bercita- cita untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya mencari pekerjaan dalam bidang yang sama.

Manakala bagi Marsidah Majid pula, peranan beliau sebagai Ketua Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu sama sekali tidak menghalang­nya untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.

Beliau yang mengambil jurusan Diploma Pengajian Perniagaan itu sentiasa bersikap positif dan tidak cepat berputus asa.

Menurut pelajar kelahiran Tawau itu, sikapnya yang sentiasa ingin mencabar dirinya sendiri adalah antara faktor kejayaanny­a dan berharap kecemerlan­gan itu akan berterusan sehingga citacitany­a untuk menjadi usahawan yang berjaya tercapai kelak.

Pada majlis itu, Roslee menyampaik­an sijil dan plak kepada para pelajar, disaksikan lebih kurang 400 orang terdiri daripada pelajar dan pensyarah serta ketua jabatan akademik.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik Dullah Muluk, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Mohd Sahran Mohidin serta pengurusan tertinggi Politeknik Kota Kinabalu.

 ??  ?? MARSIDAH menerima anugerah berbentuk sijil dan plak daripada Roslee.
MARSIDAH menerima anugerah berbentuk sijil dan plak daripada Roslee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia