Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur lelaki menyamar polis, ditahan

-

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang penganggur lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis akhirnya memakan diri apabila ditahan di Balai Polis Nusa Bestari di Iskandar Puteri, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supt Noor Hashim Mohamad berkata lelaki berusia 22 tahun itu ditahan selepas datang ke balai berkenaan dan mendakwa ingin menunggu seorang rakan.

Lelaki itu turut memperkena­lkan diri sebagai Ketua Ba- hagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dangi Wangi di Kuala Lumpur yang berpangkat Deputi Superinten­dan (DSP).

Noor Hashim berkata curiga dengan tindak tanduk suspek, seorang anggota polis meminta lelaki berkenaan mengeluark­an kad kuasa polis namun suspek berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan, sebelum terus bergerak menuju ke tandas.

“Sebaik sahaja suspek keluar dari tandas dan hendak menuju ke arah kereta yang diletakkan di depan balai, beberapa anggota polis telah menahannya,” katanya dalam kenyataan, di sini kelmarin.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n ke atas tubuh dan kereta Perodua Alza yang dinaikinya, polis merampas seutas gari bersama sarungnya, dua telefon bimbit, beg silang, satu cota besi boleh laras, sekeping pelekat lambang Polis Diraja Malaysia ( PDRM) serta serangkai kunci bersama alat kawalan jauh.

Noor Hashim berkata se- makan lanjut mendapati suspek masih bujang, tiada rekod jenayah lampau dan negatif saringan ujian air kencing.

Bagaimanap­un, suspek dipercayai menyamar untuk tujuan memudahkan lagi berurusan dengan polis dan memperdaya­kan orang lain.

Polis akan memohon tahanan reman ke atas suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia