Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n 30 peratus penyertaan Jom Minta Resit GST

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Penyertaan peraduan Jom Minta Resit GST siri ketiga di negeri ini meningkat 30 peratus berbanding siri kedua.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata sebanyak 23,187 resit berjaya diterima melibatkan seramai 1,120 peserta.

Katanya jumlah yang dicatatkan itu adalah untuk cabutan hadiah bulan Ogos dan September tahun ini.

“Peningkata­n yang diperolehi ini menunjukka­n kesedaran orang awam untuk meminta resit pembelian semakin tinggi.

“Tindakan meminta resit ini juga boleh dibudayaka­n dan ia sekaligus memberi kesedaran kepada penggiat industri.

“Apabila pembeli semakin ramai meminta resit, para peniaga juga dengan sendirinya lebih bersedia untuk menyerahka­n resit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyampaia­n Hadiah Peraduan Jom Minta Resit GST di sini, kelmarin.

Menurutnya seramai 246 peserta di seluruh negeri berjaya dipilih menerima hadiah sempena peraduan siri ketiga.

Pada majlis itu, Janathan turut menyampaik­an hadiah kepada 28 peserta sekitar Kota Kinabalu yang terpilih.

Pihaknya turut mengalualu­kan agar lebih ramai yang menyertai peraduan berkenaan untuk menikmati lebih banyak tawaran hadiah yang menarik.

Sejak peraduan itu dilancarka­n pada April lepas, katanya, JKDM menerima sebanyak 499,227 resit melibatkan seramai 36,085 peserta di seluruh negara.

Beliau berkata sesiapa yang mahu menyertai peraduan berkenaan boleh melayari laman web www.myresitgst. com.my.

Selain itu katanya orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih MyResitGST bagi mengisi maklumat yang diperlukan.

“JKDM menganjurk­an peraduan ini untuk menggalakk­an pengguna meminta resit bagi setiap pembelian.

“Ia juga bagi meningkatk­an pematuhan peniaga untuk mengeluark­an resit jualan bercukai GST.

“Langkah ini selaras dengan peruntukan Seksyen 33, Seksyen 34, Seksyen 36 Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014,” jelasnya.

 ??  ?? PARA pemenang peraduan Jom Minta Resit GST merakamkan kenangan bersama Janathan (belakang, tengah) dan tetamu jemputan lain.
PARA pemenang peraduan Jom Minta Resit GST merakamkan kenangan bersama Janathan (belakang, tengah) dan tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia