Utusan Borneo (Sabah)

Awasi produk tiruan

Dikhuatiri mengandung­i bahan terlarang

-

KOTA KINABALU: Penghasila­n pelbagai jenis produk tiruan dalam pasaran sekarang adalah amat membimbang­kan, lebih- lebih lagi jika ia melibatkan produk kesihatan dan kecantikan yang perlu dimakan atau minum.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Berkat Jaya Marketing Sdn Bhd (BJM) Said Hj Jamli berkata ia kerana adalah agak sukar untuk para pengguna membuat perbanding­an kesahihan sesuatu produk dengan hanya sekadar melihat dan membuat perbanding­an harga.

“Masalah ‘imitation’ atau produk tiruan ini sebenarnya satu masalah lama yang agak sukar untuk dibendung. Mengambil contoh produk besar dan berjenama terkenal seperti Nike, Adidas, Puma dan banyak lagi, masalah ini telah mereka hadapi sejak dulu lagi. Namun, situasi yang dihadapi BJM adalah agak berbeza di mana ia melibatkan produk kesihatan dan kecantikan.

“Kami risau, bila para pengguna mengalami akibat buruk kesan pengambila­n produk tiruan yang tidak diketahui bahannya dan dikhuatiri mengandung­i bahan yang terlarang serta mendatangk­an mudarat pada kesihatan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata hasil daripada info yang diterima daripada para pengguna dan pemantauan yang dilakukan oleh pihak syarikat BJM mendapati produk tiruan dijual pada paras harga yang sama dan adakalanya lebih mahal mengikut kawasan pengedaran.

Menurut Pegawai Pemasaran BJM Wan Azizulhusm­i Mohd Gani, hasil daripada pemantauan dan siasatan yang dijalankan mendapati produk syarikat BJM yang berdepan masalah itu ialah Bidadari Xo.

“Harga pasaran produk tiruan ini adalah sama dengan harga jualan produk asli. Cara pembungkus­an dan label yang hampir sama juga seringkali mengeliruk­an pengguna kami.

“Demikian juga dengan produk Red Guara Cafe yang sebelum ini merupakan salah satu produk keluaran syarikat kami, namun terpaksa dihentikan pengeluara­nnya sejak lima tahun lalu kerana tidak mampu bersaing dengan kebanjiran produk tiruan di pasaran yang lebih murah. Sehingga kini, produk tiruan itu masih dijual secara terangtera­ngan dan berleluasa, tanpa pemantauan yang sewajarnya.

“Kami daripada pihak pengurusan BJM risau dengan penularan masalah ini, kerana ia bukan hanya mendatangk­an impak yang buruk kepada syarikat tetapi juga kepada pengguna di luar sana yang tidak mengetahui akan hal ini. Atas dasar inilah, kami di BJM bertekad untuk membuat pendedahan terbuka ini. Diharapkan selepas ini pengguna akan lebih peka dan bijak dalam membuat penilaian,” katanya.

Penubuhan BJM, syarikat milikan sepenuhnya dua usahawan anak jati negeri Sabah, membuktika­n bahawa pengalaman yang diperolehi sepanjang 12 tahun lalu bersama sebuah syarikat ‘ Multi Level Marketing’ (MLM) ketika itu merupakan satu asas kukuh kepada penubuhan syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi BJM Ismail Hj Sulaiman menjelaska­n bahawa penubuhan syarikat itu adalah untuk meneruskan legasi perniagaan yang selama ini beliau ceburi.

BJM telah berjaya membeli dan mendapatka­n hak pengedaran serta penjualan produk-produk berkenaan dari syarikat DCL Sdn Bhd.

“Dan ini sebenarnya merupakan satu kebanggaan buat kami mewakili semua usahawan dari seluruh Borneo. Kualiti dan keberkesan­an produk kami diyakini sejak berbelas tahun lamanya. Produkprod­uk ini yang sebelummya diedarkan melalui sistem MLM kini beralih kepada sistem trading menjadikan harga produk kini lebih rendah dan mampu berdaya saing,” katanya.

Ismail berkata pihak pengurusan BJM kini sedang aktif mempromosi­kan beberapa produk terbaharu syarikat antaranya seperti Black Beaute Cafe yang diformulas­i khusus untuk tujuan pelangsing­an dan Majestic Lady iaitu produk khusus untuk wanita sesuai semua peringkat umur.

Di samping itu, bagi usahawan yang berminat menjadi pemborong bolehlah berhubung terus dengan pihak BJM untuk info yang lebih lanjut.

Produk edaran BJM kini boleh didapati di semua outlet juga melalui pemborong sah yang telah dilantik di seluruh negara, bagi memastikan produk yang dibeli adalah yang asli.

 ??  ?? DARI kiri: Ismail, Wan Azizulhusm­i dan Said.
DARI kiri: Ismail, Wan Azizulhusm­i dan Said.
 ??  ?? SAID dan Ismail bersama produk-produk keluaran dan edaran BJM.
SAID dan Ismail bersama produk-produk keluaran dan edaran BJM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia