Utusan Borneo (Sabah)

Jangan ketepikan kaedah rawatan moden

Walaupun mahu mendapatka­n rawatan alternatif kanser payudara

-

TAWAU: Golongan wanita disaran tidak mengetepik­an kaedah rawatan moden di hospital walaupun mahu mendapatka­n rawatan alternatif bagi merawat kanser payudara.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata tindakan mengetepik­an rawatan hospital hanya akan menyebabka­n kanser merebak serta sukar dirawat, dan ditambah apabila kaedah alternatif yang dipilih itu tidak efektif.

“Golongan wanita perlu menjaga kesihatan dan kerap melakukan pemeriksaa­n payudara secara sendiri dan boleh mendapatka­n rawatan susulan di hospital,” katanya ketika berucap pada Program Kesedaran Payudara di Padang Bandaran Tawau di sini kelmarin.

Katanya, kanser payudara tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit itu merupakan pembunuh utama wanita dengan risiko lima kali ganda kepada wanita yang mempunyai sejarah iaitu ibu atau adik- beradik perempuan sebagai penghidap kanser payudara.

“Mereka yang paling tinggi berisiko menghidap penyakit ini adalah kumpulan umur 40 hingga 49 tahun dan 50 hingga 59 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Hamisa berkata sikap tidak ambil tahu dan pengetahua­n yang cetek mengenai kanser menjadi punca kepada peningkata­n kadar kematian dalam kalangan wanita di negara ini.

“Mengikut laporan Pendaftara­n Kanser Kebangsaan, ramai pesakit datang lambat ke hospital bagi mendapatka­n rawatan iaitu 42 peratus pesakit telah berada pada tahap tiga dan empat,” katanya.

Menurutnya, turut dilaporkan 32 peratus daripada semua jenis kanser telah dikesan dalam kalangan wanita negara ini yang berusia 45 tahun dan ke atas.

“Saya berharap setiap anggota masyarakat dan agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu Kementeria­n Kesihatan dengan menganjurk­an kempen kesedaran mencegah kanser payudara,” katanya.

Terdahulu, program anjuran Kinabalu Pink Ribbon itu disertai 2,000 peserta yang berlari sejauh tiga kilometer dan turut disertai oleh Hamisa dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia