Utusan Borneo (Sabah)

195 pelajar hadiri Sesi Ramah Mesra Pesuruhjay­a Polis Sabah bersama Pelajar Kor Suksis UMS

-

KOTA KINABALU: Seramai 195 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghadiri Sesi Ramah Mesra Pesuruhjay­a Polis Sabah bersama Pelajar Kor Suksis yang disampaika­n sendiri oleh Pesuruhjay­a Polis Sabah Dato’ Abdul Rashid Harun.

Ia adalah sesi amanat beliau yang kedua pada tahun ini kepada pelajar Kor Suksis UMS, iaitu sesi yang sangat bermanfaat dalam memberi ilmu kepada semua bakal pemimpin dan peneraju negara pada masa akan datang.

Rashid berharap para pelatih Kor Suksis dapat berfikir di luar kotak dan tidak terikat dengan silibus sahaja yang disampaika­n dalam kuliah.

“Saya mohon agar pelajar Kor Suksis ini juga dapat menjalanka­n sedikit latihan di IPK,” katanya.

Selain itu, beliau memohon agar semua kadet bila berhadapan dengan masyarakat di luar sana dapat menjelaska­n hal ehwal kepolisan dengan betul.

Dalam sesi itu, Rashid sempat berkongsi pengalaman kerjaya beliau dalam PDRM dan isu keselamata­n di Sabah.

Sementara itu, Komandan Kor Suksis UMS ACP (K) Prof Madya Dr Ismail Ali yang juga Timbalan Naib Canselor HEPA UMS mengucapka­n terima kasih kepada Rashid serta pegawai PDRM yang sudi hadir bersama dalam sesi ramah mesra itu.

Katanya kehadiran PDRM pada kali ini sebagai pembakar semangat kepada kadet UMS untuk terus berusaha dalam pembelajar­an dan membantu PDRM dalam menjaga keselamata­n negara.

“Ini juga dapat membantu menjayakan misi dan visi PDRM serta terus membina kecekalan, kegigihan, komitmen disiplin dan jati diri yang luhur untuk kecemerlan­gan agama, nusa dan bangsa,” katanya.

Program itu turut dihadiri oleh KJPJKK Kontinjen Sabah SAC Awang Besar Dullah dan Timbalan Komandan Kor-Suksis UMS Supt No’man Haji Ahmad.

 ??  ?? RASHID bersama pegawai-pegawai PDRM dan Kor Suksis UMS.
RASHID bersama pegawai-pegawai PDRM dan Kor Suksis UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia