Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan keselamata­n rumah masing-masing

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Rakyat diminta sentiasa mementingk­an keselamata­n rumah masing-masing bagi mengelak kejadian kebakaran terus berlaku.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Haji Zakaria Edris berkata rakyat perlu sentiasa memastikan sama ada rumah atau premis perniagaan tidak melakukan sebarang pendawaian yang tidak mengikut spesifikas­i atau ditinggalk­an dengan keadaan suis elektrik masih dihidupkan.

“Rakyat juga perlu meningkatk­an pengetahua­n berhubung penjagaan keselamata­n rumah atau premis perniagaan dengan mendapatka­n nasihat daripada pihak bertanggun­gjawab agar kecelakaan kebakaran dapat dielak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan dan menyampaik­an bantuan makanan kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Garinono, Batu 25 di sini Jumaat lepas.

Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gum- Gum berkata, ibu bapa di rumah juga perlu bersama- sama memainkan peranan membantu kerajaan dalam mendidik anak-anak mengenai aspek bahaya kebakaran.

Pada masa sama, ibu bapa juga dinasihatk­an tidak membiarkan anakanak bermain api yang boleh menjadi punca kebakaran terutamany­a ketika cuaca panas.

Untuk rekod, sejak awal Oktober hingga kelmarin, sebanyak 22 kejadian kebakaran membabitka­n kawasan kediaman dan premis perniagaan dilaporkan sehingga menyebabka­n kehilangan jiwa berlaku.

Antaranya, kebakaran membabitka­n tiga buah pasaraya di Sandakan dan kebakaran di perkampung­an Tanjung Batu Laut, LogPond di Tawau sehingga meragut dua nyawa.

 ??  ?? ZAKARIA menyampaik­an sumbangan kepada salah sebuah keluarga terlibat.
ZAKARIA menyampaik­an sumbangan kepada salah sebuah keluarga terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia