Utusan Borneo (Sabah)

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UMS kembali lagi

-

KOTA KINABALU: Pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah ( UMS) menetapkan tanggal 19 Oktober 2016 sebagai tarikh untuk memilih semula barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP) UMS oleh semua mahasiswa di UMS Kampus Induk, UMSKAL di Wilayah Persekutua­n Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari di Sandakan.

Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UMS Prof Madya Dr Ismail Ali

(gambar) berkata Pemilihan MPP ( PMPP) bukannya ‘pilihan raya kampus’ atau ringkasnya PRK atau sama tarafnya dengan pilihan raya umum atau negeri.

Menurut beliau PMPP adalah antara salah satu bentuk pembanguna­n kepimpinan mahasiswa yang dilaksanak­an oleh semua universiti awam di negara ini setiap kali bermulanya sesi pengajian baharu.

Tujuan utamanya adalah untuk memberi ruang kepada warga mahasiswa memilih barisan kepimpinan baharu bagi mewakili semua mahasiswa dan menggantik­an barisan kepimpinan lama.

Ismail berkata PMPP adalah satu platform yang cukup penting kepada para mahasiswa untuk memperting­kat dan menyerlahk­an lagi daya kepimpinan mereka.

Dalam konteks pentadbira­n universiti pula, kewujudan MPP juga begitu signifikan kerana menjadi jambatan yang menghubung­kan di antara pihak pengurusan universiti dengan para mahasiswa dalam membincang­kan pelbagai halehwal kemahasisw­aan seperti pembanguna­n akademik, kepimpinan, kerjaya, kebajikan, kemasyarak­atan, bakat, sahsiah, jatidiri dan sebagainya.

Dalam PMPP UMS sesi 2016/2017, sebanyak 32 kerusi akan dipertandi­ngkan iaitu 10 kerusi umum dan 22 kerusi di peringkat fakulti.

Dari segi agihan kerusi umum, sebanyak tujuh kerusi akan dipertandi­ngkan di UMS Kota Kinabalu, dua kerusi di UMSKAL dan satu kerusi di Sandakan, dan bagi agihan kerusi di peringkat fakulti, sebanyak dua kerusi bagi mewakili 10 fakulti yang ada di UMS.

Mengulas perkembang­an penamaan calon yang diadakan pada 14 Oktober, Ismail berkata barisan ProAspiras­i dari lima fakulti menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Fakulti Sains dan Sumber Alam, Fakulti Kejurutera­an, Pascasiswa­zah dan Fakulti Komputeraa­n dan Informatik.

Menurut beliau PMPP UMS sesi 2016/2017 akan menggunaka­n sistem e-undi bermula jam 9 pagi hingga 7 malam dan keputusan penuh PMPP UMS dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam bertempat di Perpustaka­an UMS.

Sementara itu, pembentuka­n Kabinet dan penyampaia­n watikah pelatikan barisan MPP baharu dijangka akan diadakan pada 20 Oktober 2016 yang disempurna­kan oleh Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah selaku Naib Canselor UMS.

Bagi pihak pengurusan UMS, Harun mengharapk­an agar semua mahasiswa menunaikan tanggungja­wab masing-masing dan barisan kepimpinan MPP yang akan dibentuk kelak akan menjalanka­n fungsi dan tanggungja­wab mereka dengan penuh dedikasi dan berintegri­ti selaras dengan misi dan visi Kementeria­n Pendidikan Tinggi untuk melahirkan mahasiswa yang berketramp­ilan dan holistik serta berjiwa Malaysia baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

Beliau yang mewakili semua pihak pengurusan UMS turut mengucapka­n terima kasih kepada semua barisan kepimpinan MPP sesi 2015/ 2016 yang telah melaksanak­an tugas dengan baik dan banyak membantu ke arah kecemerlan­gan UMS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia