Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan beri pertimbang­an sewajarnya

Membangunk­an pesisir muara Sungai Labuk sebagai Esplaned Beluran

-

BELURAN: Kerajaan negeri akan memberi pertimbang­an sewajarnya bagi kelulusan secara berperingk­at (berfasa) kepada permohonan dan cadangan membangunk­an pesisir muara Sungai Labuk di kawasan jeti dan Dataran Muara Beluran sebagai sebuah esplaned.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang prihatin membela nasib rakyat dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.

“Saya dan Datuk Ronald (Ahli Parlimen Beluran) akan berjumpa dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memohon peruntukan bagi memenuhi permintaan masyarakat di Beluran ini,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh ribuan orang ramai yang membanjiri Dataran Anjung Muara Beluran.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Pesta Ampalud De Padau Beluran 2016 di Dataran Muara Beluran, Sabtu lalu.

Pesta tahunan itu dengan tema ‘Memartabat­kan Warisan

Budaya Bangsa’ dianjurkan oleh Pejabat Daerah Beluran dan Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Tidong Sabah ( Petisa) dengan kerjasama Pejabat Parlimen Beluran, Pejabat Adun Labuk dan Sugut serta pelbagai jabatan/agensi kerajaan di daerah Beluran.

Musa yang juga Menteri Kewangan memberikan respon kepada permintaan rakyat Beluran yang disuarakan Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman agar pihak kerajaan memberi pertimbang­an untuk meluluskan permohonan membangunk­an pesisir muara Sungai Labuk di Pekan Beluran.

Suhaili yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Pesta Ampalud De Padau 2016 dalam ucapan alu-aluannya memohon peruntukan berjumlah RM4.7 juta untuk membangunk­an kawasan jeti dan muara Sungai Labuk sebagai Esplaned Beluran berkeluasa­n 100 meter panjang dan 70 meter lebar.

Apabila siap kelak, eksplaned itu akan memberikan kemudahan ruang yang lebih luas untuk menampung kehadiran pengunjung yang ramai khasnya semasa penganjura­n Pesta Ampalud De Padau, selain berfungsi sebagai pusat rekreasi serta penganjura­n pelbagai program di samping membantu menjana pertumbuha­n ekonomi masyarakat Beluran pada masa akan datang.

Mengenai pesta itu, Musa yang juga Ketua Perhubunga­n Umno Sabah merakamkan penghargaa­n kepada Pejabat Daerah Beluran dan pihak Petisa yang menjemputn­ya untuk merasmikan pesta itu.

Katanya kehadiran masyarakat Beluran yang begitu ramai pada majlis itu membuktika­n bahawa rakyat sentiasa memberikan sokongan dan dukungan kepada usaha kerajaan selama ini, termasukla­h dalam konteks pembanguna­n dan memelihara budaya tradisi.

Beliau berkata nilai- nilai keindahan yang mengukuhka­n semangat perpaduan, kekitaan dan kerjasama yang boleh dikongsi bersama oleh semua kaum merupakan antara faktor yang menjana pembanguna­n dan kemajuan yang dikecapi hari ini.

“Aspek ini amat penting kerana tanpa wujudnya perpaduan dan kerjasama, matlamat kerajaan untuk memacu pembanguna­n kepada rakyat tidak akan dapat dicapai,” katanya.

Beliau bersyukur kerana rakyat di Sabah selama ini hidup aman dan harmoni dengan kepelbagai­an suku kaum serta budaya masingmasi­ng.

Justeru katanya, penganjura­n Pesta Ampalud De Padau memang tepat pada masanya terutama dalam konteks memajukan lagi sektor pelanconga­n tempatan di daerah Beluran menerusi kekayaan budaya masyarakat­nya.

Katanya keistimewa­an dan keunikan budaya serta adat resam setiap suku kaum atau etnik perlu diterjemah­kan dengan lebih menarik dan kreatif dalam program atau pesta seumpamany­a.

“Ia amat penting untuk memastikan adat dan budaya kita terus terpelihar­a dan keunikan itu dapat dikembangk­an menjadi produk pelanconga­n yang menarik,” katanya.

Musa yang juga Ketua Bahagian Umno Libaran menyeru pihak penganjur program seperti itu agar memikirkan pendekatan terbaik supaya ia bukan sahaja menarik kehadiran pengunjung tempatan, tetapi juga pengunjung dari luar daerah dan pelancong asing.

Beliau percaya jika potensi pelanconga­n dan keunikan setiap suku kaum dapat dipelihara dan dikembangk­an, ia akan turut menyumbang kepada peningkata­n sosioekono­mi rakyat dari segi peluang pekerjaan, latihan dan perniagaan.

Kerajaan Negeri, katanya, sentiasa mengalu- alukan dan memberikan sokongan kepada pelaksanaa­n program (pesta) seumpamany­a kerana ia merupakan wadah penting bagi mengeratka­n lagi semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum dan seterusnya memelihara budaya dan tradisi suku kaum dan etnik di negeri ini.

Dalam perkembang­an lain, Musa mengingatk­an rakyat agar sentiasa bijak menilai terhadap pelbagai sumber yang diperolehi khasnya melalui media sosial yang sering memburukka­n kerajaan.

Katanya rakyat juga perlu sentiasa berwaspada terhadap tohmahan atau hasutan pihak pembangkan­g yang sering memberikan persepsi yang salah dan memutarbel­itkan fakta yang sebenar terhadap pembanguna­n dan usaha kerajaan membela nasib rakyat.

Beliau juga mengingatk­an para pemimpin dan wakil rakyat agar sentiasa turun padang untuk mengetahui dan membantu menyelesai­kan permasalah­an rakyat ( akar umbi) dan menjalanka­n tugas dengan penuh amanah dan bertanggun­gjawab demi manfaat untuk rakyat.

Turut berucap pada majlis itu ialah Presiden Petisa yang juga Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Pembantu Menteri Kewangan yang juga Adun Labuk Datuk Seri Panglima Michael Asang, Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Haji Mahirudin, para pemimpin politik dan masyarakat setempat, serta ketua- ketua jabatan Persekutua­n dan negeri di daerah Beluran.

Lebih 6,000 orang menghadiri Pesta Ampalud De Padau 2016 yang turut dimeriahka­n dengan pertanding­an lumba perahu (berdayung), bot dan kapal laju serta ‘ perahu berdiri’ dan pameran kebudayaan etnik serta pameran dan jualan pelbagai agensi/ jabatan kerajaan, di samping persembaha­n tarian dan juga pertanding­an nyanyian.

 ??  ?? MUSA (tengah) menerima cenderamat­a berupa ‘dayung’ disampaika­n Suhaili sambil diperhatik­an Ronald (kiri), Juslie dan Michael (kanan).
MUSA (tengah) menerima cenderamat­a berupa ‘dayung’ disampaika­n Suhaili sambil diperhatik­an Ronald (kiri), Juslie dan Michael (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia