Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 300 sertai Run For Care 2016

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Dianggarka­n hampir 300 orang menyertai Program‘ Ru n

For Care’ (RFC) 2016 anjuran Kelab Psikologi Industri dan Organisasi, Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabtu lepas.

Pengarah Program Mukmin Haji Said berkata penganjura­n program itu bagi mengumpul dana untuk diberikan kepada kebajikan mahasiswa kelainan upaya (OKU) yang menuntut di universiti awam itu.

“Selain daripada menyihatka­n tubuh badan melalui acara larian, para peserta juga dapat menyalurka­n sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Usaha ini selaras dengan moto program RFC iaitu ‘Run For Mile, Donate for a smile’,” katanya pada Majlis Penutupan RFC 2016, di sini, Sabtu lepas.

Katanya sebanyak 20 peratus daripada yuran yang dikenakan kepada peserta akan dimasukkan ke dalam Tabung Mahasiswa OKU UMS.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Datuk Harun Abdullah dalam ucapan perasmian penutupan program berkata program itu juga secara tidak langsung akan memupuk rasa tanggungja­wab sesama manusia untuk saling menjaga kebajikan.

Katanya kesedaran itu wajar dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi membela nasib mereka yang amat memerlukan bantuan.

Di samping itu katanya, nilai kesabaran dan ketabahan yang ada pada mereka juga perlu dicontohi selain hak-hak mereka yang perlu disuarakan bersama.

“Oleh itu, wajarlah kita menjadikan mereka sebagai role model dalam menghadapi sebarang halangan,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS Profesor Dr D Kamarudin D Mudin.

Harun berharap agar program berkenaan akan terus diadakan sebagai satu wadah dalam mengetenga­hkan isuisu kebajikan yang berlaku di negara ini.

 ??  ?? KAMARUDIN (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang larian RFC bagi kategori wanita.
KAMARUDIN (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang larian RFC bagi kategori wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia