Utusan Borneo (Sabah)

Belia aset berharga negara Penyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan negara

-

KOTA BELUD: Belia adalah salah satu aset negara yang sangat berharga, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli.

Beliau berkata antara sumber tenaga manusia yang sangat berharga bagi negara ialah belia kerana golongan itulah yang akan menjadi tonggak kekuatan negara dan juga sebagai pewaris kepada kepimpinan negara di masa depan.

Oleh itu, katanya, mereka perlu diasuh, dididik dan dibimbing ke jalan yang betul agar menjadi manusia generasi yang berilmu, beriman, beramal, bertaqwa dan berakhlak mulia.

“Kerana dengan demikian sajalah akan dapat melahirkan belia yang menjadi sumber tenaga yang mampu menyumbang ke arah pembanguna­n dan kemajuan negara,

“Belia ialah golongan yang berada dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun. Belia adalah 50 peratus daripada jumlah penduduk negara ini,” katanya ketika merasmikan Program Karnival Gempak Permotoran dan Sukan Tradisi Sempena Tamu Besar 2016, di perkaranga­n Tamu Kota Belud, di sini, pada Sabtu.

Musbah berkata memandangk­an jumlah itu mewakili separuh daripada jumlah penduduk di negara ini, maka amat wajar golongan itu dididik dan dibimbing menjadi generasi belia yang mempunyai wawasan dan cintakan negara.

“Itulah sebenarnya harapan pemimpin negara kita untuk melahirkan belia yang mampu menyumbang tenaga dengan lebih berkesan di masa hadapan,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tempasuk mengingatk­an para belia di negeri ini, khususnya di daerah Kota Belud, agar dapat mempersiap­kan diri dengan meningkatk­an ilmu pengetahua­n dalam pelbagai bidang kerana Malaysia akan menjadi salah sebuah negara maju dan berpendapa­tan tinggi pada tahun 2020.

“Saya menyatakan demikian agar para belia kita tidak akan ketinggala­n dalam arus pembanguna­n negara, kerana dalam usaha membangun dan memajukan negara, kita memerlukan sumber tenaga manusia yang berkualiti dan berkemahir­an tinggi,” katanya.

Menyentuh Program Karnival Gempak Permotoran dan Sukan Tradisi itu, beliau berharap agar program itu akan berjalan dengan lancar.

Musbah berkata permotoran adalah satu program yang menarik begitu ramai peminat dari kalangan belia.

Beliau difahamkan bahawa karnival itu mendapat sambutan bukan sahaja daripada belia Kota Belud tetapi juga disertai oleh belia daripada luar daerah.

“Tahniah kepada pengerusi penganjur, krew dan semua yang bertungkus- lumus untuk membuat persediaan lebih awal bagi merealisas­ikan program ini,” katanya.

Katanya program seumpama itu sedikit sebanyak akan menghindar­kanbeliada­ripada terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat, dan akan menarik minat belia itu sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelab belia.

Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Kota Belud dan Pengerusi Kelab Generasi Belia Baru Mohd Asrizan Sah Ahmad Sahri.

 ??  ?? MUSBAH (dua kiri) merakam gambar kenangan bersama pemilik kereta berlainan reka bentuk.
MUSBAH (dua kiri) merakam gambar kenangan bersama pemilik kereta berlainan reka bentuk.
 ??  ?? MUSBAH (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada Asrizan (kiri).
MUSBAH (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada Asrizan (kiri).
 ??  ?? MUSBAH (kanan) bersalam dengan peserta pemaren motor dari Kota Marudu.
MUSBAH (kanan) bersalam dengan peserta pemaren motor dari Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia