Utusan Borneo (Sabah)

Pas Labuan pandang serius isu kelewatan elaun pelajar KML

-

LABUAN: Pas Labuan memandang isu kelewatan elaun saku bulanan pelajar oleh Kementeria­n Pendidikan sebagai satu kegagalan di dalam mengurus krisis semasa.

Yang Dipertua Pas Labuan, Haji Hamir Zahari berkata selepas berita tersebut disiarkan dalam Radio Malaysia Labuan dan media sosial sebelum ini, Pengarah Kolej Matrikulas­i Labuan (KML) menafikan isu kelewatan elaun tersebut.

“Pihak Pas Labuan kesal dengan sikap yang tidak profesiona­l dan tidak berintegri­ti tersebut. Sikap berdolak- dalik menutup isu sebenar demi menjaga reputasi jabatan dilihat sebagai tidak matang.

“Sedangkan pelajar KML dalam kepayahan dan telah menyuaraka­n kepada ibu bapa masingmasi­ng berkenaan dengan kelewatan elaun tersebut sejak bulan Ogos tahun ini.

“Persoalann­ya di sini, kenapa lambat sangat memberitah­u perkara yang sebenar?” soal Haji Hamir.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Menteri Pendidikan jangan memandang sebelah mata berkenaan dengan isu ini dan mereka perlu bertindak dengan lebih prihatin dan efisien.

“Pas Labuan mencadangk­an dan menggesa pihak kerajaan termasuk Ahli Parlimen Labuan dan Menteri Wilayah Persekutua­n agar mengusahak­an sesuatu serta mengeluark­an bajet kecemasan atau tambahan (contingenc­y budget) untuk menghadapi isu tersebut.

“Ianya untuk menampung belanja makan pelajar sementara menunggu situasi kembali pulih oleh kementeria­n berkenaan yang lembab bertindak di dalam mengatasi isu ini,” katanya.

Pas Labuan turut mencadangk­an agar pihak Baitulmal bertindak sama untuk menyumbang dan membantu pelajar terbabit.

“Badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berada di Labuan juga diseru supaya berusaha membantu meringanka­n kepayahan pelajar KML terbabit.

“Kepada NGO yang telah terlibat di dalam memberi bantuan kepada pelajar yang terlibat, Pas Labuan mengucapka­n setinggi- tinggi tahniah atas keprihatin­an anda semua di dalam menggalas tanggungja­wab ini.

“Pas Labuan sekali lagi menegaskan bahawa kami sangat kesal dengan sikap penafian oleh pihak pengurusan KML dan kelembapan pihak kementeria­n di dalam menangani masalah ini,” katanya.

Kekesalan Haji Hamir dan pihak Pas Labuan itu berdasarka­n hanya selepas dua bulan krisis itu berlaku, baharu Menteri Pendidikan mengeluark­an kenyataan rasmi melalui media berkenaan isu tersebut.

 ??  ?? HAJI HAMIR
HAJI HAMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia