Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan pembuli digantung sekolah setahun Sudah sampai masanya mengenakan tindakan tegas sebagai pengajaran

-

KUALA NERANG: Kementeria­n Pendidikan mencadangk­an agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolah­an mereka selama setahun.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan tegas itu perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar.

“Ini peringkat cadangan kementeria­n, namun sudah sampai masanya kita mengenakan tindakan tegas agar isu buli tidak berpanjang­an.

“Saya berpendapa­t isu buli sudah semakin serius dan perlu kita bendung segera dan cadangan penggantun­gan sekolah adalah langkah terbaik,” katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaia­n Bantuan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) serta Laman Kebun Risda Daerah Padang Terap kelmarin.

Mahdzir berkata cadangan itu akan membabitka­n pelajar sekolah rendah dan menengah.

Beliau berkata pelajar yang digantung tetapi bakal menduduki peperiksaa­n utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksira­n Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia boleh menduduki semula peperiksaa­n mereka selepas tempoh penggantun­gan selesai.

“Semasa tempoh penggantun­gan, pelajar tersebut akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, kementeria­n bersedia untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak terhadap cadangan berkenaan.

“Kita faham akan ada pihak yang tidak bersetuju dan kita bersedia untuk mendengar pandangan pihak lain sebelum keputusan muktamad dibuat,” katanya.

Mahdzir berkata sekiranya cadangan itu dipersetuj­ui, kementeria­n mungkin akan melaksanak­annya pada Januari tahun hadapan.

Beliau juga berkata pihaknya tidak bercadang untuk memberhent­ikan terus pelajar dari sekolah demi masa depan pelajar itu sendiri.

Mengenai fenomena air pasang besar, katanya kementeria­n sedang memantauny­a yang membabitka­n sekolah.

“Sehingga petang ini fenomena itu masih lagi terkawal dan tidak menjejaska­n mana- mana sesi persekolah­an. Jabatan Pelajaran Daerah akan melaporkan jika terdapat sekolah yang terjejas,” tambahnya.-Bernama

 ??  ?? MENTERI Pendidikan, yang juga Anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Kasihani dan Penyampaia­n Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan serta Laman Kebun RISDA di Kampung Lubuk Merbau, Pedu,...
MENTERI Pendidikan, yang juga Anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Kasihani dan Penyampaia­n Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan serta Laman Kebun RISDA di Kampung Lubuk Merbau, Pedu,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia