Utusan Borneo (Sabah)

Polis tembak mati dua penjenayah samun di Miri

-

MIRI: Polis menembak matidualel­akiwargane­gara asing yang dipercayai terlibat dalam 16 kes samun pelbagai barangan bernilai lebih RM200,000 sepanjang tahun lepas dan 2016 dalam satu serbuan pada pukul 1 pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata semasa serbuan di sebuah rumah kosong di Luak Bay, kedua-dua suspek dipercayai berumur 30- an telah menyerang polis dengan parang dan melepaskan beberapa das tembakan menggunaka­n senapang buatan sendiri ke arah polis.

“Identiti kedua- dua suspek tidak dapat disahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian tapi kita percaya mereka warganegar­a asing,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata polis turut merampas senapang dan parang yang digunakan oleh kedua- dua suspek untuk menyerang polis dan menjumpai beberapa harta disyaki hasil samun, di tempat kejadian.

Dev berkata pada 5 petang semalam, dua suspek warganegar­a asing iaitu seorang lelaki berumur 55 tahun dan wanita berumur 25 tahun yang mempunyai kaitan dengan dua suspek yang ditembak itu turut ditangkap di sebuah rumah di pinggiran hutan bersebelah­an Taman Jelita Miri.

“Kedua- dua suspek akan ditahan reman hari ini untuk membantu siasatan kerana sewaktu tangkapan dibuat pelbagai barang yang disyaki disamun telah ditemui di dalam rumah kongsi tersebut,” katanya.

Beliau menyifatka­n kumpulan itu amat berbahaya kerana menyamun menggunaka­n senjata dan pernah mencederak­an mangsa semasa melakukan samun khususnya di kawasan Bakam dan Luak.

“Kes terbaharu dilakukan kumpulan ini ialah pada pukul 3.10 pagi semalam ( 15 Okt) apabila tiga lelaki bertopeng bersenjata­kan parang memecah masuk sebuah rumah di Taman Fabulous, Jalan Armenia Miri melibatkan mangsa sepasang suami isteri bersama dua anak berumur 5 dan 11 tahun,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada suspek meletakkan parang di leher isteri mangsa dan barangan yang disamun ialah TV Samsung 40 inci, telefon bimbit, jam tangan serta wang tunai dengan nilai kerugian RM23,000.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitter beliau mengucapka­n syabas atas kejayaan menumpaska­n dua penjenayah tersebut serta merampas senapang, peluru dan menyelesai­kan 16 kes samun.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia