Utusan Borneo (Sabah)

APMM mahu tingkatkan keselamata­n di Utara Sarawak

-

MIRI: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak mahu mengetatka­n penguatkua­saan dan pemantauan di sepanjang pantai kawasan utara negeri itu terutama bagi menangani penceroboh­an kapal asing.

Sehubungan itu, Pengarah APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata pihaknya berharap pembinaan Kompleks Pentadbira­n APMM Miri ada dalam Bajet 2017 yang akan diumumkan Jumaat ini.

Katanya tapak bagi kompleks itu telah dikenal pasti di Pulau Melayu dan jika lampu hijau diberikan untuk pembinaann­ya, ia pasti akan meningkatk­an kekuatan APMM di sini.

“Ia (Kompleks Pentadbira­n APMM Miri) berada dalam senarai teratas kerana kami bersaing dengan Kuantan, Pahang, dan kami berharap menerima peruntukan itu,” katanya selepas melancarka­n Program Sahabat Maritim di Kampung Kuala Bakam, di sini kelmarin.

Katanya, antara tumpuan APMM di Sarawak adalah menangani penceroboh­an nelayan asing di Miri.

Ketika ini, APMM Miri beroperasi di Tebingan Sungai Miri sejak 2006 dan kompleks baharu itu dicadangka­n di tapak seluas dua hektar di Pulau Melayu yang turut mempunyai kuarters kakitangan.

Setakat ini APMM Sarawak hanya mempunyai satu kompleks pentadbira­n dan kuarters yang terletak di Muara Tebas, Kuching.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentang­kan Bajet 2017 pada 21 Okt ini.

Sementara itu, mengenai cadangan pangkalan udara APMM di Miri, Ismaili berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Awal tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dipetik sebagai berkata kerajaanbe­rcadangmen­ambah aset APMM Miri termasuk mengadakan pangkalan udara bagi menangani masalah penceroboh­an.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia