Utusan Borneo (Sabah)

Lapan suspek rompak MT Orkim Harmony akan diekstradi­si ke Malaysia tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Lapan suspek warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kes rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony pada Jun tahun lepas, dijangka diektradis­i dan dibicaraka­n di Malaysia tahun ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata kerajaan telah bersetuju untuk menyediaka­n peruntukan bagi membawa kesemua mereka ke negara ini.

“Walaupun Malaysia telah mendapat permohonan kelulusan daripada Mahkamah Vietnam untuk mengekstra­disi dan membicarak­an mereka di negara ini, namun ia memerlukan beberapa proses tertentu sebelum dihadapkan ke mahkamah Malaysia.

“Insya-Allah, saya menjangkak­an dalam tempoh terdekat tahun ini mereka akan dibawa ke Malaysia untuk dibicaraka­n dan saya berharap proses pendakwaan berjalan lancar dan berpihak kepada negara kita,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Puzi berkata pihak APMM telah membuat tinjauan di Hanoi, Vietnam dan berbincang dengan pihak mahkamah negara berkenaan bagi memuktamad­kan tindakan mengikut lunas perundanga­n negara berhubung kes itu.

“Sekiranya kes berkenaan dapat dibawa ke Malaysia, ia merupakan kes pertama diekstradi­si maka APMM berharap ia dapat dilaksanak­an secepat mungkin,” katanya.

Menurut Ahmad Puzi, kesungguha­n semua pihak yangterlib­atdiJabata­nPeguam Negara, Kementeria­n Luar dan APMM membolehka­n kelapan- lapan suspek itu diekstradi­si untuk dibicaraka­n di Malaysia kerana rompakan itu melibatkan kapal tempatan dan di perairan negara.

Pada 22 Sept lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumka­n permohonan mengekstra­disi dan membicara lapan suspek warga Indonesia yang terlibat dalam kes berkenaan telah diluluskan oleh Mahkamah Vietnam.

MT Orkim Harmony, yang hilang di perairan timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor pada 11 Jun 2015, membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Lapan lelaki Indonesia itu ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampira­n Pulau Tho Chu di selatan negara itu ketika cuba meloloskan diri daripada pemburuan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia