Utusan Borneo (Sabah)

MIC perlu hayati semangat ‘munneruvom’ untuk terus utuh

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin dan anggota MIC perlu menghayati semangat ‘ munneruvom’ atau ‘majulah bersama’ bagi memastikan parti itu terus utuh dan relevan dalam kalangan masyarakat India di negara ini.

Beliau berkata semua anggota MIC, baik yang baharu atau orang lama perlu memberi komitmen penuh dalam perjuangan parti dan sentiasa bersedia membantu antara satu sama lain.

“Kita mesti berada dalam satu bahtera dan berpegang kepada munneruvom,” kata Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung MIC ke- 70, di sini kelmarin.

Seruannya itu disambut meriah dan penuh bersemanga­t oleh anggota parti yang turut bersama- sama melaungkan ‘Munneruvom’ yang merupakan antara petikan lirik dalam lagu MIC bertajuk “Victory in Our Hand”.

Beliau berkata MIC perlu bersatu dan berwibawa jika ingin terus berkhidmat bagi masyarakat India.

“Bila saya sebut parti kena bersatu, saya ingin melihat penyatuan kaum India. Ketika ini terlalu banyak parti politik mewakili kaum India atau cuba mewakili kaum India, ini susah bagi kita, susah bagi saya.

“Walaupun kaum India merupakan kaum paling kecil lebih kurang lima peratus (penduduk Malaysia), tetapi dari segi surat, ia paling banyak sekali saya terima daripada pelbagai letterhead,” katanya diikuti gelak ketawa anggota perwakilan MIC yang hadir.

Mengulas lanjut, Najib berkata dasar pengkongsi­an kuasa dalam komponen BN yang selama ini bersandark­an kepada politik inklusif harus terus dipegang bagi menjamin semangat bersatu- padu di bawah satu bumbung yang sama.

Dalam konteks ini, perdana menteri meminta saf kepimpinan MIC yang pernah diuji dengan krisis perebutan kuasa sebelum ini, supaya terus bersatu menyokong pemimpin sedia ada dan cuba menyelesai­kan sebarang masalah dengan lebih baik.

Beliau berkata jika MIC ingin menjadi payung bagi kaum India, parti itu harus menggamalk­an politik yang inklusif, bersatu dan tidak mengganggu kepimpinan.

“Apabila anda masuk ke dalam sebuah rumah, terima kepimpinan dalam rumah itu. Seekor burung layang-layang tidakcukup­menandakan­musim panas. Seorang individu tidak mampu membuat perubahan. Tetapi seorang individu yang mempunyai banyak pengikut boleh membuat perubahan. Jadi kalau ada apa-apa, ajak duduk, runding dengan mereka.

“Tidak kira Indian Progressiv­e Front ( IPF), Malaysian Indian United Party

( MIUP), Makkal Sakti, sesiapa sahaja. Duduk dan bincang. Kalau tidak boleh gabung, sekurang-kurangnya di bawah satu bumbung menerusi kerjasama strategik dan diteruskan sampai pilihan raya umum (PRU) dan sokong calon BN,” katanya.

Najib berkata jika BN ingin memenangi PRU ke-14 akan datang, transforma­si kepimpinan sehingga ke peringkata­karumbiper­luwujud dan jentera parti komponen perlu sentiasa mendekati pengundi dan berkhidmat kepada masyarakat.

Menurutnya, jaringan perkhidmat­an kepada rakyat perlu meluas dan bukannya hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja dan lantaran itu dasar integrasi dan toleransi kaum perlu diterapkan dengan lebih meluas lagi.

“Saya yakin dan percaya, kita telah menangi pertarunga­n (mendapatka­n sokongan) tetapi belum lagi dalam perang (pilihan raya umum)... jadi kita mesti memberi tumpuan bagaimana hendak menang perang ketika PRU ke- 14 nanti. Jangan ada pemikiran sempit, mesti inklusif dan mesti menjadi pemimpin sebenar. Barulah kita boleh menang pertarunga­n dan juga perang,” katanya.

Mengenai persidanga­n itu, Najib berkata ia adalah medan penting yang menandakan ‘keributan’ dalam MIC telah berakhir dan seterusnya membuka lembaran perjalanan baharu bagi parti tersebut.

Beliau juga percaya MIC akan muncul sebagai parti komponen yang lebih komited untuk mencapai kejayaan dengan hala tuju yang lebih jelas dan kepimpinan yang lebih teratur di masa hadapan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia