Utusan Borneo (Sabah)

Bantah himpunan di Pekan, Pemuda Umno buat laporan polis

-

PEKAN: Pemuda Umno Bahagian Pekan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kelmarin bagi membantah perhimpuna­n Bersih 5.0 yang dijangka diadakan di sini pada 23 Okt ini.

Ketua Pemuda Umno Pekan Shahruddin Ahmad berkata laporan dibuat kerana himpunan itu dilihat hanya membawa kepada kemusnahan terutama terhadap perpaduan dalam kalangan masyarakat di parlimen Pekan sendiri.

“Kita percaya perhimpuna­n Bersih 5.0 akan menyebabka­n huru- hara, mendatangk­an perpecahan dan mencabar sokongan jitu masyarakat di sini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Selain itu, sudah terbukti sebelum ini ia lebih banyak mengakibat­kan kerosakan seperti mengotorka­n kawasan, vandalisme dan menjurus kepada penglibata­n gangsteris­me.

“Jika mereka masih berdegil untuk meneruskan­nya kemungkina­n pertembung­an antara kumpulan baju kuning dan baju merah akan berlaku dan ini akan menimbulka­n kekecohan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan sini kelmarin.

Sehubungan itu, beliau meminta polis mengambil tindakan tegas bagi menghalang himpunan tersebut untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Shahruddin berkata perhimpuna­n Bersih 5.0 itu juga akan mencemarka­n imej Pekan sebagai bandar Diraja apa lagi bulan ini akan diadakan sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

“Sempena bulan memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, sudah tentu banyak program rasmi kerajaan negeri diadakan di Istana Sultan Abu Bakar yang akan dihadiri tetamu penting.

“Justeru, adalah tidak wajar mereka merosakkan sambutan tersebut dan memalukan Tuanku Sultan dan kerajaan Pahang dengan menganjurk­an perhimpuna­n seperti ini,” katanya. - Bernama

 ??  ?? SHAHRUDDIN memberi kenyataan media semasa berhimpun secara aman bersama 50 peserta terdiri daripada Pemuda Umno Bahagian Pekan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas membuat laporan polis bagi membantah perhimpuna­n Bersih 5.0 di Ibu...
SHAHRUDDIN memberi kenyataan media semasa berhimpun secara aman bersama 50 peserta terdiri daripada Pemuda Umno Bahagian Pekan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas membuat laporan polis bagi membantah perhimpuna­n Bersih 5.0 di Ibu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia