Utusan Borneo (Sabah)

Johor pertimbang pendekatan baharu mantap sistem pengangkut­an awam

-

ISKANDAR PUTERI: Johor sedang mempertimb­ang untuk memperkena­l pendekatan baharu dalam memperbaik­i serta memantapka­n sistem pengangkut­an awamnya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pendekatan itu antaranya ialah menyekat kenderaan berat masuk ke kawasan tertentu di bandar, serta mencadangk­an laluan khas kepada pengangkut­an tersebut di jalan berkepadat­an tinggi.

Beliau berkata pihaknya juga berhasrat untuk memperkena­lkan penggunaan kaedah pengangkut­an lain bagi tujuan pengiriman barang seperti keretapi yang didapati lebih murah dan mesra alam berbanding penggunaan lori.

Langkah lain pula ialah mungkin mewujudkan rangkaian koridor pengangkut­an berat dan sistem mobiliti barangan ( E- logistik) bagi memajukan operasi sistem logistik yang lebih cekap, serta memperkena­lkan konsep logistik bandaran bagi mengurangk­an tahap kesesakan trafik di pusat bandar, katanya.

“Kalau kita tidak buat begitu, pengangkut­an akan terus menggunaka­n mod seperti lori dan ini akan menyumbang kepada kesesakan jalan, jambatan retak dan malah memaksa kita kena kerap menyelengg­ara jalan.

“Oleh itu untuk pendekatan menyekat kemaskan lori, Perbadanan Pengangkut­an Awam Johor (PAJ) boleh melakukan kajian mengenai waktu kesesakan di bandar.

“Apabila sudah siap, mereka perlu berjumpa dengan para pemain industri dan memaklumka­n tentang kajian mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah dan pelancaran perkhidmat­an Bas TransJohor dan Pelan Induk Pengangkut­an Awam Negeri Johor, di sini kelmarin. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia