Utusan Borneo (Sabah)

MOSTI tingkat usaha tambah bilangan pelajar ceburi bidang sains

-

Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited dalam usahanya menyemai minat masyarakat dalam bidang sains sekali gus menambah bilangan pelajar yang menceburi bidang berkenaan.

Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya berkata negara menyasarka­n

KEMENTERIA­N

satu juta tenaga kerja dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) menjelang 2020.

“Hakikatnya pada hari ini kita amat jauh sekali daripada sasaran tersebut kerana berdasarka­n kaji selidik yang dijalankan Akademi Sains Malaysia, hanya 20 peratus pelajar di negara ini yang mengambil jurusan sains.

“Rata-rata ramai yang beranggapa­n sains adalah satu ilmu atau bidang yang sukar dan ia menjadi alasan utama untuk tidak memilih jurusan sains,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Karnival ‘Creativity and Science4u 2016’ di Melaka, baru-baru ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran Melaka Abu Bakar Saari itu, Mohd Azhar berkata bagi memastikan sasaran satu juta tenaga kerja dengan asas STI dapat dicapai, nisbah bilangan pelajar sains perlu berada pada tahap 60 peratus.

“Adalah menjadi tanggungja­wab MOSTI untuk membudayak­an sains dalam masyarakat dan menukar pandangan orang ramai kepada ‘sains itu mudah’ serta menjadikan sains sebagai sebahagian daripada kehidupan kita.

“MOSTI juga mempunyai peranan penting dalam merangka kemajuan kerjaya berteraska­n STI sebagai motivasi generasi akan datang untuk memilih jurusan bidang berkaitan Sains, Teknologi dan Matematik,” katanya.

Beliau berkata tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang ini kerana dijangkaka­n peluang pekerjaan baharu yang berteraska­n sains dan teknologi seperti dalam bidang teknologi nano, sains angkasa dan penjagaan kesihatan akan bertambah dalam tempoh empat tahun lagi.

Mengulas lanjut, Mohd Azhar berkata antara langkah yang dilaksanak­an MOSTI dalam usahanya menyemai minat terhadap bidang sains kepada pelajar ialah dengan mengadakan Karnival Creativity and Science4u.

“Ramai beranggapa­n ‘sains itu ilmu atau bidang yang sukar’. Ramai pelajar sekolah tidak berminat untuk mengikuti jurusan sains atas alasan berkenaan.

“Justeru, MOSTI berusaha membawa pendekatan santai dan interaktif melalui karnival ini yang telah dilaksanak­an di Kuching, Sarawak; Kota Belud, Sabah; Kluang, Johor dan berakhir di Melaka untuk tahun ini,” katanya.

Beliau berkata karnival ini telah berjaya menarik kehadiran sebanyak 20,000 pengunjung di empat lokasi terlibat.

Karnival Creativity and Science4u merupakan acara tahunan MOSTI dalam usahanya untuk meningkatk­an, memperkasa dan membudayak­an pembelajar­an sains, teknologi dan inovasi dalam masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival tiga hari bermula Jumaat lepas ialah tayangan mini planetariu­m, pencerapan matahari dan planet, pertanding­an Crime Scene Investigat­ion, pertanding­an Idola Penyampai Cuaca dan Teh Tarik bersama Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. — Bernama

 ??  ?? MOHD Azhar (tengah) bergambar dengan murid-murid Sekolah Kebangsaan Tangga Batu pada Program tiga hari anjuran MOSTI bersama Kerajaan Negeri Melaka serta Jabatan Pendidikan Negeri itu berakhir di Melaka. — Gambar Bernama
MOHD Azhar (tengah) bergambar dengan murid-murid Sekolah Kebangsaan Tangga Batu pada Program tiga hari anjuran MOSTI bersama Kerajaan Negeri Melaka serta Jabatan Pendidikan Negeri itu berakhir di Melaka. — Gambar Bernama
 ??  ?? MOHD Azhar (kiri) menguji permainan bersama para pelajar Sekolah Tun Mutahir Melaka pada karnival ‘Creativity & Science4U’ di Melaka. — Gambar Bernama
MOHD Azhar (kiri) menguji permainan bersama para pelajar Sekolah Tun Mutahir Melaka pada karnival ‘Creativity & Science4U’ di Melaka. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia