Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Hi-Tea bersama Rania 26 Nov

-

KOTA KINABALU: Rania Marketing Sdn Bhd (RMSB) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan tertubuhny­a Rania Borneo Bussiness Centre (RBBC) di sini yang mana pusat latihan dan juga pengedaran bagi seluruh Borneo akan dikendalik­an sepenuhnya oleh AYR Group.

Ketua Pegawai Eksekutif AYR Group Yusrin Resnin berkata majlis penyerahan perjanjian persefaham­an ( MoU) akan berlangsun­g dalam satu majlis Hi- Tea bersama pengasas syarikat Rania Marketing pada 26 November 2016 di Soluxe Hotel, Putatan.

Yusrin berkata majlis ini juga adalah untuk meraikan para pengedar RMSB di Borneo atas usaha dan dedikasi mereka terhadap syarikat ini semenjak penubuhann­ya.

“Dalam majlis itu juga nanti akan dilangsung­kan majlis penganuger­ahan pangkat Sutera dan pencapaian

bagi zon Borneo. Penyerahan watikah pelantikan bagi ejen dan kiosk jualan juga akan turut diserahkan dalam majlis itu,” katanya menambah majlis berkenaan turut akan diserikan dengan persembaha­n nyanyian dari penyanyi jemputan dari negeri ini.

RMSB adalah sebuah syarikat milikan bumiputera sepenuhnya yang sangat kukuh dan ditubuhkan untuk menerokai pasaran global dengan penerapan pendekatan e-networking dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dan jutawan di Malaysia.

Syarikat ini diterajui oleh Dato’ Haji Suhaimy Othman dan hasil usahasama dengan isteri beliau, Datin Hajah Muniroh Kasim, yang merupakan antara jutawan Malaysia yang menjalanka­n multi perniagaan.

Setakat ini, RMSB telah menghasilk­an empat produk utama untuk kegunaan seisi keluarga, iaitu Capsimax, Cinna Trigo Dica, Elurra Complete Set dan Elurra Bar Soap yang mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Adalah diharapkan selepas ini lebih banyak produk berkualiti tinggi akan dihasilkan dari masa ke semasa,” kata Yusrin.

Tiket masuk bagi acara yang julung kalinya diadakan di Sabah ini hanya RM59 sahaja. Disamping itu, cabutan kupon berhadiah pasti menang juga turut diadakan bagi memeriahka­n majlis berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia