Utusan Borneo (Sabah)

I Synergy bakal disenaraik­an di papan utama NSX akhir 2016

-

PUTRAJAYA: I Synergy Holdings Bhd, penyedia penyelesai­an pemasaran affiliate bagi perusahaan di Malaysia kini sedang dalam proses disenaraik­an di papan utama National Exchange of Australia (NSX) pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Lawrence Teo berkata ia adalah kemajuan besar yang dicapai syarikat itu hanya selepas setahun memulakan dagangan sulungnya di papan kedua NSX.

“Kami sangat gembira dengan pencapaian kami dan kini menyasar menjalin lebih banyak kerjsama dengan industri lain dan terus meningkatk­an bilangan affiliate antara 30 dan 40 peratus setahun daripada 22,000 sekarang,” katanya kepada Bernama pada pelancaran Affiliate Junction (AJ) di sini, kelmarin.

Teo berkata syarikat itu juga menyasar menembusi pasaran Indonesia pada akhir tahun ini.

“Tahun lepas kami membuka pejabat wakil kami di Jakarta untuk mengkaji potensi pasaran di negara tersebut. Kami menyedari ia adalah pasaran yang kami tidak boleh terlepas pandang kerana ia memiliki bilangan penduduk yang ramai dan sebuah negara yang sedang pesat membangun,” katanya.

Pada pelancaran AJ kelmarin, Teo berkata di bawah unitnya, I Synergy Internatio­nal (M) Sdn Bhd, AJ menawarkan penyelesai­an pemasaran affiliate dalam talian dan luar talian bagi perniagaan menerusi satu rangkaian tunggal dan menyediaka­n platform ganjaran bersama bagi menghubung­kan pengiklan dan affiliate.

“AJ direka bentuk bagi menyediaka­n pemasaran berasaskan prestasi yang cekap dari segi kos kepada pengiklan runcit dan korporat serta memberi ganjaran kepada affiliate dalam memacu jualan kepada rangkaian peniaga dan pengiklan,” katanya.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, beliau berkata I Synergy memperkena­lkan program affiliate baharunya di bawah rangkaian AJ dengan kerjasama bersama VJOB, FIT TIX, OPPO, GetDoc dan Hot-Assist, yang akan beroperasi bermula 1 Nov.

“Dengan pengiklan program affiliate baharu ini, rangkaian AJ kini berkembang kepada segmen perniagaan sukan, guna tenaga pekerjaan, perkhidmat­an pembantu, telekomuni­kasi dan kesihatan dan kecergasan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia