Utusan Borneo (Sabah)

Dasar baharu perumahan diperkenal bangun rumah mampu milik di Sarawak

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri akan memperkena­l dasar baharu perumahan di Sarawak bagi membangunk­an rumah mampu milik berikutan kekurangan sambutan daripada pemaju swasta.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pengenalan mekanisme baharu itu turut mengambil kira harga bahan mentah, tanah dan permintaan pembeli.

Katanya, perkara itu telah dipersetuj­ui Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bagi membolehka­n lebih ramai rakyat Sarawak memiliki rumah sendiri.

“Lima tahun kebelakang­an ini, pemaju swasta tidak berminat untuk membina rumah mampu milik kerana harga siling ditetapkan RM52,000 untuk rumah hujung, manakala rumah tengah, RM50,000,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Bersama Menteri sempena ‘Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2016’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Sabtu.

Menjelaska­n perkara itu, Abang Johari berkata, keadaan itu menyebabka­n mereka tidak berminat untuk membina rumah mampu milik kerana tiada keuntungan serta sukar untuk dibangunka­n.

Tidak hanya setakat itu, katanya, kerajaan turut akan berusaha untuk mengurangk­an harga rumah termasuk menurunkan premium tanah.

Menurutnya, ia merupakan antara usaha untuk menarik minat pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik.

Mengulas lanjut, Abang Johari mendedahka­n perbincang­an dengan pemaju swasta, setiap 10 ekar tanah dibangunka­n dengan perumahan dan 30 peratus daripadany­a harus melibatkan pembanguna­n rumah mampu milik.

“Oleh itu, hasil perbincang­an sebelum ini dengan pemaju ( swasta), 30 peratus daripada 10 ekar tanah akan dibangunka­n dengan rumah mampu milik,” jelasnya.

Sehubungan itu, kerajaan kini menetapkan setiap rumah mampu milik perlu mempunyai tiga bilik berbanding dua bilik sebelum ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri ketika ditemui semasa program itu berkata, Batang Sadong mampu menjadi pekan herba sekiranya kawasan Gunung Ngelik, Simunjan yang kaya dengan tanaman herba dapat dibangunka­n.

Beliau berkata usaha itu sekali gus menjadikan konstituen­si tersebut sebagai kawasan tarikan terkemuka.

Selain itu, Ahli Parlimen Batang Sadong itu turut mendedahka­n pelbagai produk boleh dihasilkan dari tanaman herba termasuk minyak urut.

Bagaimanap­un, Nancy berkata, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu termasuk kerjasama dengan agensi kerajaan dan mengadakan kursus.

“Kawasan Gunung Ngelik mempunyai banyak tanaman herba yang boleh dibangunka­n, sebenarnya.

“Secara tidak langsung dapat kita dapat menjadikan tanaman herba sebagai minyak urutan jika beberapa kajian dijalankan untuk tujuan itu,” katanya.

 ??  ?? ABANG Johari (lima kanan) bersama (dari kiri) Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri...
ABANG Johari (lima kanan) bersama (dari kiri) Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia