Utusan Borneo (Sabah)

Dinamik politik moden memerlukan perubahan dalam parti, kata Masing

-

KUCHING: Dinamik politik moden memerlukan perubahan berlaku dalam parti dan setiap ahli harus diberi peluang memilih siapa pemimpin mereka termasuk kepada ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Presidenny­a Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata, pemilihan dalam sesebuah parti adalah satu kemajuan semula jadi bagi amalan demokratik dalam PRS.

“Maka, ahli- ahli mesti dibenarkan untuk memilih siapa yang harus menjadi pemimpin mereka selepas pertanding­an terhad selama 12 tahun.

“Pemimpin dalam PRS semakin berusia dan golongan muda mahu bersuara. Jika tidak sekarang, bila lagi perubahan kepimpinan dalam PRS akan berlaku?” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Jumaat.

PRS bakal mengadakan Persidanga­n Perwakilan Tritahunan (TDC) di Bintulu dari 21 hingga 23 Oktober yang dijangka dihadiri 635 perwakilan terdiri daripada 346 sayap induk, 125 perwakilan daripada sayap pemuda dan 164 perwakilan daripada sayap wanita.

Antara tumpuan pada pemilihan berkenaan ialah pertanding­an bagi jawatan kedua terpenting parti iaitu Timbalan Presiden PRS yang direbut dua calonnya.

Masing berkata, beliau percaya calon yang terlibat adalah veteran politik dan mereka tahu apa maksud pertanding­an politik.

“Saya yakin PRS sebagai sebuah parti cukup matang untuk memikul impak daripada ‘ perbalahan’ politik.

“Calon- calon adalah veteran politik yang tahu apa maksud pertanding­an politik,” tegasnya.

Kelmarin Setiausaha Jawatankua­sa Pemilihan PRS Edward Kurik berkata, pertanding­an merebut jawatan timbalan presiden parti akan diteruskan selepas kedua- dua calonnya tidak menarik diri.

Kedua-duacalonia­ituDatuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Joseph Entulu Belaun sama-sama tidak menarik diri daripada pencalonan selepas tempoh pemilihan ditutup pada 30 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia