Utusan Borneo (Sabah)

Tragedi lumba bot Pesta Kanowit

-

SIBU: Seorang peserta pelumba bot panjang 18 kuasa kuda maut selepas terlibat dalam kemalangan antara bot laju dan bot panjang ketika menjalani sesi latihan di perairan sungai Batang Rajang, Kanowit petang Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Danny Jawan, 37, disahkan meninggal selepas dihantar ke Hospital Kanowit.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Daniel Desmond Benjamin ketika dihubungi memberitah­u, beliau telah dimaklumka­n mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kanowit.

Menurut maklumat kes, kemalangan berlaku pada jam 5.15 petang apabila kedua-dua bot terbabit yang datang dari arah bertentang­an bertembung ketika mereka membuat pusingan ‘U.’

Bot laju terbabit dipandu oleh pelumba mewakili sebuah pasukan dari negara jiran.

Menurut fakta kes, bot panjang yang dikemudi mangsa mengalami kerosakan teruk, manakala bot laju yang dipandu pelumba berumur 54 tahun itu hanya mengalami kerosakan kecil.

Daniel berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung punca kemalangan tersebut.

Difahamkan, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kanowit menaiki kereta pacuan empat roda Hilux dan dikatakan masih sedar ketika tiba di hospital.

Danny merupakan pelumba bot panjang 18 kuasa kuda yang mewakili sebuah pasukan tempatan dari Kanowit.

Pesta Kanowit yang dianjurkan sejak 6 Oktober lalu telah berakhir kelmarin dengan perlumbaan bot panjang 18 kuasa kuda ( 2) dan perlumbaan bot 60 kuasa kuda ( 1 dan

2) telah diadakan pagi kelmarin (Ahad).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia