Utusan Borneo (Sabah)

La Liga: Messi hanya perlukan tiga minit

-

MELAKA: Disiplin pertahanan yang tinggi dalam diri pemain Kedah merupakan antara faktor utama membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia musim ini, kata Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe.

Beliau berkata ramai termasuk penyokong meluahkan kerisauan terhadap disiplin pertahanan pasukan Lang Merah itu sebelum ini, namun keberkesan­an mengekang serangan PDRM pada perlawanan malam tadi membuktika­n disiplin pertahanan pasukan itu berada pada tahap tertinggi.

“Kita agak risau kerana babak pertama ada satu dua peluang namun kita tidak dapat jaringkan gol, tetapi apa yang penting pemain bekerja begitu baik dapat menepis serangan PDRM.

“Sayaharapf­inalnantik­ekalkan keyakinan yang tinggi bagi mengukuh disiplin pertahanan kita,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam kelmarin.

Dalam perlawanan itu, PDRM hanya mampu seri 0-0, memberikan laluan Kedah layak ke final Piala Malaysia dengan agregat 2- 1 untuk bertemu Selangor yang menewaskan TTeam dengan agregat 5-1.

Ditanya tentang perlawanan final nanti, Tan berkata jentera serangan Kedah dibarisi pemain seperti Thiago Augusto Fernandes dan Baddrol Bakhtiar diharap dapat memberikan persembaha­n terbaik pada perlawanan itu.

“Bukan mudah bermain dengan Selangor kerana mereka dapat lebih daripada kita (menang Piala Malaysia lebih daripada Kedah) yang penting kita dapat main ke final dengan keyakinan dan nikmati (perlawanan itu).

“Saya perlu fikirkan (taktikal dan barisan pemain) dalam tempoh sekitar dua minggu ini, orang kata kita nak balas dendam tetapi yang penting pemain ada keyakinan untuk turun ke gelanggang,” katanya.

Ketua Jurulatih PDRM Fauzi Pilus berkata walaupun tersingkir, beliau berbangga dengan usaha keras anak buahnya sehingga berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

“Selepas ini kita ada satu lagi perlawanan penting tidak dinafikan dan kita mahu buat yang terbaik dalam perlawanan itu,” katanya.

PDRM bakal bertemu Sarawak di Stadium Negeri Sarawak pada perlawanan Liga Super 22 Okt ini dan perlawanan itu penting kerana dua pasukan itu merupakan antara lima pasukan yang boleh tersingkir ke Liga Perdana sekiranya keputusan perlawanan tidak berpihak kepada mereka. - Bernama MADRID, Sepanyol: Lionel Messi mengambil masa hanya tiga minit untuk menjaringk­an gol sebaik sahaja kembali dari kecederaan ketika Barcelona membelasah Deportivo la Coruna 4-0 tetapi masih kekal kurang dua mata di belakang Atletico Madrid dan Real Madrid dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Hatrik Yannick Carrasco dan dua gol pertama Nicolas Gaitan memastikan Atletico menang besar 7-1 ke atas Granada pada perlawanan awal.

Real Madrid juga menang besar dan mengekalka­n saingan dengan kelab jirannya apabila menewaskan Real Betis 6-1 untuk menamatkan empat keputusan seri berturut-turut sebelum ini.

Barca sudah mendahului 3-0 menerusi gol Luis Suarez dan dua gol Rafinha apabila Messi dimasukkan untuk penampilan pertama sejak hampir satu bulan dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringk­an gol kesem- bilan musim ini.

“Ia satu prestasi sempurna,” kata jurulatih Barca, Luis Enrique.

“Kami sudah dapat menurunkan Leo dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk kembali ke kemuncak prestasi.”

Barca sudah menamatkan saingan sebelum gol Messi apabila mendahului 3- 0 sebelum rehat.

Real tercicir ke tangga keempat ekoran kemenangan Barca dan Atletico tetapi mereka kembali semula ke tangga kedua dan menamatkan satu tempoh buruk dengan aksi terbaik mereka setakat ini. -AFP

 ??  ?? MESSI (kanan) bersaing dengan pemain Deportivo, Florin Andone pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas. — Gambar Reuters
MESSI (kanan) bersaing dengan pemain Deportivo, Florin Andone pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia