Utusan Borneo (Sabah)

Dua pelajar kolej antara ditangkap polis

- Oleh JOHAN AZIZ DOUGLAS

KUDAT: Dua pelajar lelaki sebuah kolej adalah antara empat lelaki tempatan ditangkap polis kerana disyaki terlibat dadah dalam tiga kes berasingan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata keempat-empat lelaki berkenaan masing-masing berasal dari Kudat dan Kota Belud.

Katanya dalam kes pertama, polis menangkap seorang lelaki berumur 51 tahun dan merampas dadah seberat 8.16 gram dengan nilai harga pasaran RM1,200.

Menurutnya pada 14 Oktober kira- kira jam 9.30 malam, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di sini.

“Suspek yang berada di ruang tamu rumah itu selepas disoal siasat menunjukka­n barang di bawah meja dapur. Seorang anggota polis mengambil barang berkenaan dan menemui sembilan paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 8.16 gram.

“Pasukan polis kemudian membawa balik suspek berserta barang rampasan ke IPD Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya, sambil menyatakan suspek ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes kedua, polis menangkap seorang pelajar kolej dan merampas dadah 0.30 gram bernilai RM50.

Katanya pada hari sama, kirakira jam 11 malam, pasukan polis dari Jabatan Siasatan jenayah Narkotik IPD Kudat menangkap suspek di sebuah rumah di sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n ke atas bag sandang suspek, polis menemui straw warna putih yang diubah suai berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek berusia 17 tahun ditahan dan barang rampasan dibawa balik ke IPD dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam satu kes lagi, dua lelaki termasuk seorang pelajar kolej memiliki dadah jenis ganja ditangkap pada hari sama pada jam 11.10 malam di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di sini.

 ??  ?? DADAH suspek. dan ganja yang dirampas daripada
DADAH suspek. dan ganja yang dirampas daripada
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia