Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong China lemas ketika snorkeling

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Seorang pelancong lelaki warga China dipercayai meninggal dunia akibat lemas semasa menjalanka­n aktiviti snorkeling di kawasan perairan Pulau Mataking, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata mangsa dikenali sebagai Xiong Qin Yu, berusia lingkungan awal 30-an.

“Kejadian dipercayai berlaku kirakira jam 4.30 petang semasa beberapa pelancong warga asing sedang menjalanka­n aktiviti snorkeling di kawasan perairan pulau terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, kelmarin, mengenai kes terbaharu melibatkan kematian pelancong warga asing di lokasi snorkeling popular di daerah ini.

Peter berkata berdasarka­n kenyataan dua pengawal pantai, insiden yang menimpa pelancong terbabit mula disedari semasa mereka menjalanka­n pemantauan.

“Kedua-dua saksi sedang menjalanka­n pemantauan di kawasan tumpuan aktiviti snorkeling pelancong warga asing, sebelum seorang pelancong dilihat melambaika­n tangan.

“Pelancong itu dikatakan meminta tolong dan memberitah­u ada seorang pelancong yang lemas sebelum menghubung­i Dive Center untuk mendapatka­n bantuan kecemasan,” katanya.

Menurutnya kedua-dua pengawal pantai terbabit kemudianny­a bertindak terjun ke laut dan berenang ke arah mangsa yang lemas untuk menyelamat­kan lelaki warga asing berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua pengawal pantai itu berjaya menarik pelancong itu ke tepi pantai sebelum bertindak memberikan pertolonga­n bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa.

“Pada masa itu juga, beberapa kakitangan Dive Center tiba di lokasi kejadian dan cuba membantu, namun mangsa masih tidak sedarkan diri dan darah keluar dari hidungnya.

“Mereka mengangkat mangsa ke bot milik sebuah resort sebelum ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut, namun lelaki itu disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.

Berdasarka­n keterangan kedua-dua saksi, Peter berkata polis dimaklumka­n bahawa mangsa dikatakan tidak memakai jaket keselamata­n semasa dibawa ke tepi pantai.

Menyentuh hal berkaitan, beliau berkata setakat ini siasatan awal menunjukka­n tidak ada sebarang unsur jenayah ditemui dan diklasifik­asikan sebagai kes kematian mengejut (SDR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia