Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang cedera motosikal dilanggar kereta

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Tuaran By Pass berhadapan Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata kemalangan itu melibatkan sebuah kenderaan Proton Saga BLM dengan sebuah motosikal jenis Honda Skuter.

“Kemalangan dipercayai berlaku pada kira-kira jam 5.30pagi kelmarin. Siasatan awal mendapati kenderaan motosikal jenis Honda Skuter ditunggang datang dari arah Inanam menuju ke Manggatal.

“Manakala kenderaan jenis Proton Saga BLM yang dipandu di lorong sebelah kanan jalan dari arah 1Bor- neo Hypermall menuju ke Inanam.

“Apabila sampai di lampu isyarat UMS, tiba-tiba Proton Saga BLM itu telah memasuki arah jalan yang bertentang­an dan melanggar motosikal yang berada di arah jalan yang betul,” katanya.

Katanya akibat daripada kemalangan itu, motosikal terbabit mengalami kerosakan yang teruk di kesemua bahagian, manakala kenderaan Proton Saga BLM mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan bonet, fender sebelah kiri dan lainlain kerosakan yang belum dipastikan.

Katanya penunggang motosikal mengalami kecederaan yang parah dan kini berada di bilik rawatan rapi Hospital Pakar Likas, dan pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu kenderaan Proton Saga BLM disyaki membawa kenderaan dalam keadaan mabuk dan sampel darah telah diambil untuk ujian di Jabatan Kimia.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu Proton Saga BLM yang memandu dengan cuai sehingga memasuki arah jalan yang bertentang­an dan menyebabka­n kemalangan berlaku,” katanya.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEADAAN kereta Proton Saga BLM yang terlibat dalam kemalangan itu.
KEADAAN kereta Proton Saga BLM yang terlibat dalam kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia