Utusan Borneo (Sabah)

PAS Sabah sokong pertahan bahasa ibunda

-

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Sabah menyatakan sokongan kepada kenyataan Tan Sri Wences Angang yang menyaranka­n supaya bahasa ibunda dipertahan­kan.

Pas melihat ia merupakan satu perkara penting yang memerlukan kerjasama semua pihak, kata Pesuruhjay­a Pas Sabah Mohd Aminuddin Aling.

“Pas juga menyedari keadaan ini di mana bahasa ibunda sudah semakin pupus. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah tidak menggunaka­n bahasa ibunda ketika berkomunik­asi dengan anak- anak mereka. Ini merupakan satu kerugian yang besar kepada kelestaria­n dan kesinambun­gan bahasa dan budaya,” katanya.

Di samping kepentinga­n Bahasa Melayu, katanya, sepatutnya bahasa ibunda juga diberi penekanan yang sewajarnya bermula dari sekolah rendah.

Beliau menyaranka­n agar Kementeria­n Pendidikan harus menggalakk­an supaya bahasa ibunda ini menjadi sebahagian daripada subjek ataupun kokurikulu­m di sekolah-sekolah.

Selain itu, papan- papan tanda di tempat awam atau di pejabat-pejabat kerajaan juga boleh menggunaka­n bahasa ibunda sebagai pendedahan kepada umum beberapa kosa kata bahasa ibunda, katanya.

Pas Sabah juga menyaranka­n supaya kerajaan menyediaka­n sejumlah dana untuk tujuan penyelidik­an bagi mencari jalan yang sesuai untuk memperkasa­kan bahasa ibunda sepertiman­a Kerusi Kadazan Dusun yang diwujudkan di Universiti Malaysia Sabah.

“Islam, sepertiman­a yang termaktub dalam al-Quran mengiktira­f kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa kerana ia menggambar­kan kekuasaan Allah SWT,” katanya.

Pas Sabah yakin sekiranya usaha itu dilakukan secara serius dan berterusan, ia akan menjadi aset kepada perpaduan kaum yang lebih sempurna.

 ??  ?? MOHD AMINUDDIN
MOHD AMINUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia