Utusan Borneo (Sabah)

Jangkitan virus Zika masih terkawal, kata Subramania­m

-

KUALA LUMPUR: Pencegahan dan kawalan jangkitan virus Zika setakat ini telah menunjukka­n keberkesan­an dan kes penyakit itu masih bersifat sporadik dan tidak merebak dengan pantas seperti di negara lain.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata pelbagai program pencegahan yang telah dilaksanak­an pihak kementeria­n secara bersepadu bersama kementeria­n lain serta agensi didapati berkesan dan menunjukka­n impak yang positif.

“Kita berjaya mengekang kemasukkan Zika dari rantau utama yang bermasalah iaitu Amerika Tengah dan Selatan. Namun, apabila Zika diimport ke negara jiran kita dan kemudianny­a merebak dengan cepat, risiko kemasukan ke Malaysia amat tinggi kerana pergerakka­n penduduk merentasi sempadan amat tinggi.

Kita juga melakukan pe- mantauan di pintu masuk antarabang­sa serta mengedarka­n Nasihat Kesihatan ( Health Advisory) kepada pelancong dan rakyat Malaysia sekiranya mempunyai gejala virus Zika,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, kelmarin.

Saringan suhu juga dilakukan bagi memantau kemasukan pelawat yang mempunyai gejala demam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertan- yaan Datuk Shamsul Anuar Nasarah ( BN- Lenggong) mengenai pelan tindakan kementeria­n dalam mengekang penularan virus Zika terutamany­a membasmi kawasan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan yang mencatat bacaan tertinggi bagi pembiakan nyamuk itu.

Dr Subramania­m berkata pemantauan, penyelaras­an dan penentuan dasar tindakan pencegahan dan kawalan telah dilaksanak­an di pelbagai peringkat termasuk kebangsaan, negeri dan daerah.

Beliau berkata dari 31 Ogos hingga 8 Okt tahun ini, hanya tujuh kes jangkitan virus Zika disahkan di seluruh negara iaitu dua di Sabah, dua di Johor, dan masing-masing satu satu di Selangor, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n.

Katanya, prinsip dan strategi yang diguna pakai bagi menghadapi sesuatu ancaman penyakit yang baru termasuk Denggi, virus Zika dan Chikunguny­a terbahagi kepada tiga fasa iaitu pencegahan kemasukkan, mengekang penularan yang meluas dan kawalan.

“Tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani Denggi juga berkesan terhadap Zika. Dalam konteks ini, tumpuan KKM (Kementeria­n Kesihatan Malaysia) adalah ke arah tanggungja­wab dan penyertaan masyarakat dalam memastikan persekitar­an yang bebas Aedes,” katanya.

Menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) mengenai ketiadaan saringan suhu di Lapangan Terbang Sibu, Dr Subramania­m berkata pengawasan saringan suhu hanya dilakukan di pintu masuk antarabang­sa sahaja memandangk­an ianya adalah laluan utama pelawat asing ke negara ini sebelum ke pintu masuk domestik. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia