Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki dihukum penjara, denda

Atas kesalahan memiliki dadah

-

KOTA KINABALU: Tiga lelaki dikenakan penjara dan denda, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan memiliki dadah.

David Chin, Moses Daud dan Rody Vyster Sintia dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus, selepas mengaku bersalah.

Mahkamah mengenakan masing- masing penjara selama tempoh tujuh dan sepuluh bulan terhadap David dan Moses.

Manakala Rudy didenda sebanyak RM2,600 atau penjara selama lapan bulan, sekiranya gagal bayar.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tempoh lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Pegawai Pendakwa Insp Nethen memberitah­u mahkamah, laporan kimia sudah dikeluarka­n.

Moses, David dan Rudy masing- masing didapati berada dalam milikan mereka dadah seberat 0.07 gram, 0.25 gram dan 0.06 gram.

Kesalahan terbabi t dilakukan antara 11 hingga 17 Ogos tahun ini di Taman Jumbo Putatan dan tepi Jalan Tuaran Bypass, Lembaga Padi, di sini.

Bagi yang dikenakan penjara, mahkamah memerintah­kan mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap.

Sementara itu, seorang lelaki dibebaskan tanpa dilepaskan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencederak­an anaknya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu terhadap Mohd Yusran Yusof, 34, yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp P.Nethen memaklumka­n kepada mahkamah, bahawa pengadu dalam kes berkenaan, iaitu anak tertuduh sudah membuat laporan polis menarik kembali kes terbabit.

Tertuduh didakwa mencederak­an anaknya yang berusia 13 tahun pada waktu kejadian, pada 15 Oktober tahun lalu jam 2.30 petang, di Kampung Gentisan, Manggatal, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, sekiranya disabitkan bersalah, boleh dikenakan penjara sehingga tempoh setahun atau dengan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Mohd Yusran mula didakwa pada 13 September tahun lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Bagaimanap­un, sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah tidak menawarkan tertuduh diikat jamin dan diperintah­kan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

 ?? SHAMRY M SANI ?? GOTONG ROYONG: Satu program Gotong Royong Memerangi Denggi dan Zika KRT Taman Univilla Tawau telah diadakan pada Ahad. Ketua Wanita Umno Kalabakan Cahaya Sulaiman telah merasmikan program berkenaan yang turut disertai Jabatan Perpaduan, Majlis...
SHAMRY M SANI GOTONG ROYONG: Satu program Gotong Royong Memerangi Denggi dan Zika KRT Taman Univilla Tawau telah diadakan pada Ahad. Ketua Wanita Umno Kalabakan Cahaya Sulaiman telah merasmikan program berkenaan yang turut disertai Jabatan Perpaduan, Majlis...
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia