Utusan Borneo (Sabah)

Umno Semporna sedia hadapi PRU Sokongan rakyat semakin kuat dan teguh kepada kerajaan BN

-

SEMPORNA: Umno Bahagian Semporna kini bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bilabila masa dari sekarang.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran berkata ia kerana sokongan rakyat terutamany­a ahli Umno di kawasan berkenaan semakin kuat dan teguh.

“Walaupun Umno Semporna menghadapi cabaran berat berikutan bekas ketua bahagianny­a keluar parti sebelum ini, namun majoriti ahli Umno Semporna tetap setia dan terus menyokong kepimpinan baharu yang ada pada hari ini demi untuk meneruskan wadah perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmi a n mesyuarat perwakilan serentak tiga sayap Umno Bahagian Semporna iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Masyarakat Semporna.

Majlis perasmian itu disempurna­kan Ketua Penerangan Umno Malaysia Jamawi Jaafar.

Hadir sama, Setiausaha Umno Bahagian Mohd Syam Muksan, Ketua Wanita Hjh Latifah Penghulu Hj Hindi, Ketua Pemuda Ahmad Marzuki Nasir dan Ketua Puteri Zakiah Hj Kalipunya.

Nasir yang juga Adun Senallang berkata ketika ini, pelbagai gerakan dan persiapan telah dan dijalankan termasuk melaksana program bersama rakyat selai n taklimat dan sesi penerangan mengenai hala tuju parti bagi mempastika­n ahli Umno terus setia kepada parti.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatk­an rakyat khususnya ahli Umno supaya terus bersatu padu dan tidak berpecah-belah bagi memastikan kemenangan Umno pada pilihan raya akan datang.

Katanya rakyat harus sedar dengan nikmat pembanguna­n yang dikecapi di daerah itu sejak BN memerintah negeri ini semakin menyerlah dan memberikan impak yang besar dalam pelbagai sudut kehidupan rakyat Semporna.

 ??  ?? BARISAN AJK Umno Bahagian Semporna, Dato Hajan Gurimbang (dua kiri), Datuk Harman Mohammad (tiga kiri), Datuk Basalie (empat kanan), Pusukah Abd Rajak (dua kanan), Mohd Salleh Lakani (dua kanan) dan Datuk Malali (kiri).
BARISAN AJK Umno Bahagian Semporna, Dato Hajan Gurimbang (dua kiri), Datuk Harman Mohammad (tiga kiri), Datuk Basalie (empat kanan), Pusukah Abd Rajak (dua kanan), Mohd Salleh Lakani (dua kanan) dan Datuk Malali (kiri).
 ??  ?? NASIR (tengah), Jamawi (enam kanan), Ahmad Marzuki (kiri), Ariffin (dua kiri), Mohd Syam (lima kanan), Latifah dan Zakiah (tiga kanan) menyanyika­n lagu Umno pada majlis itu.
NASIR (tengah), Jamawi (enam kanan), Ahmad Marzuki (kiri), Ariffin (dua kiri), Mohd Syam (lima kanan), Latifah dan Zakiah (tiga kanan) menyanyika­n lagu Umno pada majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli Umno dan perwakilan sempena majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Semporna 2016.
SEBAHAGIAN ahli Umno dan perwakilan sempena majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Semporna 2016.
 ??  ?? NASIR (kiri) bersalaman dengan sebahagian perwakilan Umno Bahagian Semporna.
NASIR (kiri) bersalaman dengan sebahagian perwakilan Umno Bahagian Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia