Utusan Borneo (Sabah)

PCS bekerjasam­a dengan parti pembangkan­g lain

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bersedia bekerjasam­a dengan parti pembangkan­g lain.

Presiden PCS Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing berkata ia adalah bagi mencapai matlamat yang dipegang oleh parti berkenaan untuk memastikan Sabah diurus oleh parti tempatan.

“Apa pun, PCS akur kepada kenyataan bahawa untuk mencapai matlamat, kita perlu ada perkongsia­n dengan parti yang lain dan bersedia untuk bekerjasam­a dengan parti pembangkan­g baharu selain daripada parti dalam Gabungan Sabah.

“Kita juga bersedia untuk bekerjasam­a dengan parti-parti pembangkan­g di peringkat nasional.

“Namun, mereka harus tahu sentimen rakyat Sabah sekarang ini dan pada lazimnya biarlah parti tempatan yang mengurus di Sabah,” katanya ketika menyampaik­an amanat pelancaran parti berkenaan, di sini, Ahad lepas.

Bumburing berharap satu permaufaka­tan dapat dimeterai dalam masa yang terdekat supaya mereka dapat mengatur langkah bersama untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya kehadiran parti pembangkan­g lain adalah petunjuk baik dalam usaha menyatupad­ukan tenaga menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Sementara itu, Bumburing berkata tunjang penubuhan PCS terkandung dalam Perlembaga­an Artikal 5.1 (a).

“Perjuangan ini sepertiman­a yang termaktub dalam perlembaga­an iaitu ‘ menjunjung, melindungi dan mempertaha­nkan kemerdekaa­n dan kedaulatan Malaysia, dan melindungi autonomi dan kedaulatan Sabah’, yang mana kita mahukan hak-hak ini ditepati.

“Pada hari ini, kita menyaksika­n satu perubahan dalam aspirasi rakyat Sabah iaitu mereka mahukan hak-hak Sabah seperti yang temaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diperjuang­kan,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden PCS merangkap Pengerusi Penganjur Pelancaran Datuk Kalakau Untol, Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee, Pengerusi Gabungan Sabah Datuk Mohd Noor Mansor, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Datuk Baru Bian, Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong, Naib Presiden Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah Jalumin Baguyo, Presiden Star Sarawak Pricila Lau, Adun Klias Datuk Seri panglima Lajim Ukin dan Adun Likas Junz Wong.

 ??  ?? BUMBURING (tengah) memalu gong sebagai gimik pelancaran PCS diringi jawatankua­sa parti berkenaan dan ketua-ketua bahagian seluruh Sabah.
BUMBURING (tengah) memalu gong sebagai gimik pelancaran PCS diringi jawatankua­sa parti berkenaan dan ketua-ketua bahagian seluruh Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia