Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar perlu kemahiran insaniah Membentuk masyarakat dengan minda kelas pertama

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pelajar perlu diberi pendedahan awal mengenai kemahiran insaniah dengan pelbagai cabang di s iplin ilmu sepertiman­ayangdihar­apkan oleh kerajaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ir Edward Yong Oui Fah berkata antara kemahiran itu termasukla­h penghayata­n nilai- nilai patriotism­e, berkomunik­asi, kreativiti, inovasi, kepimpinan, pengurusan organisasi dan sebagainya.

“Ketrampila­n anak- anak dalam pelbagai disiplin ilmu amat penting dan sangat diharapkan oleh kerajaan dalam membentuk masyarakat yang memiliki minda kelas pertama.

“Justeru, tenaga kerja yang mahir dan kompeten amat penting dan menjadi aset bagi melestari sertamenja­yakanmisi nasional ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya kali kelima, di sini, kelmarin.

Beliau juga menggesa warga sekolah supaya sentiasa menekankan aspek penguasaan sains dan teknologi dalam kalangan murid.

Katanya anak-anak muda kini adalah golongan yang diharapkan untuk mencapai kecemerlan­gan dalam bidang berkenaan supaya dapat meningkatk­an daya saing negara di peringkat global.

Mengenai majlis pula, Edward menyokong penuh penganjura­n majlis seumpama itu yang menjadi satu inisiatif untuk memberi motivasi kepada murid di sekolah berkenaan.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada lebih 200 graduan yang diraikan atas kejayaan yang diperoleh dan berharap agar kecemerlan­gan itu akan terus berkekalan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Guru Besar Cemerlang SK Pulau Gaya Jasmen Elahan dan Pengerusi PIBG SK Pulau Gaya Saimah Salam.

 ??  ?? MURID-murid yang dirai bersama ibu bapa mereka pada Majlis Graduasi SK Pulau Gaya, kelmarin.
MURID-murid yang dirai bersama ibu bapa mereka pada Majlis Graduasi SK Pulau Gaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia