Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk mohon DUN Tulid diberikan kepada PBRS

-

KENINGAU: Penduduk Mukim Tulid memberikan sokongan sepenuhnya kepada pengwujuda­n kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) N.44 Tulid.

Dalam masa yang sama, mereka juga memohon kawasan itu diwakili oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bagi meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n di situ.

Ketua Cawangan PBRS Kg Sasagahan Maujus Bagan berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) itu telah terbukti dan berkesan dalam membawa pembanguna­n untuk rakyat.

Katanya bermula daripada kawasan hutan tebal, kini Mukim Tulid telah mengecapi nikmat pembanguna­n serta mempunyai kemudahan asas dan merupakan pengeluar utama hasil pertanian di kawasan pedalaman.

Seperti di kawasan lain, katanya, Mukim Tulid telah dijaga oleh PBRS melalui Presidenny­a Tan Sri Joseph Kurup semenjak tahun 1985 sehingga kini, di mana pelbagai pembanguna­n telah dinikmati.

“Usaha PBRS yang berkesan amat kami senangi lebih-lebih lagi pemimpin kami sering turun padang. Kami memohon pucuk pimpinan BN agar memberikan DUN baharu ini kepada PBRS,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Pengagihan Bantuan Beras ( kemarau) dan perasmian Cawangan PBRS Kg Sasagahan. Majlis itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup.

Maujus berkata atas usaha dan jasa PBRS, khususnya Kurup yang telah berkhidmat kepada rakyat sehingga mereka menikmati kemudahan asas.

Turut memberi k a n sokongan ialah Ketua Kampung Kawakahan Nelly kundangau, Ketua Kampung Mototou Maichel Sambag serta Pengerusi JKKK Matol John Enam.

Sementara itu, aebanyak 143 borang keahlian baharu terdiri daripada belia dan beliawanis diserahkan kepada Kurup sempena program itu.

 ??  ?? RAKYAT di Mukim Tulid memohon DUN Tulid diberikan kepada PBRS.
RAKYAT di Mukim Tulid memohon DUN Tulid diberikan kepada PBRS.
 ??  ?? MAUJUS
MAUJUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia