Utusan Borneo (Sabah)

36 murid SRAI sertai Khatam Al-Quran anjuran Biro Agama Umno Labuan

-

LABUAN: Seramai 36 murid Tahap Satu daripada sembilan Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) telah menyertai Program Khatam Al-Quran peringkat Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) 1438H/2016.

Program itu dianjurkan Biro Agama Umno Bahagian Labuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) Labuan dan Sekolah Rendah Agama Islam ( SRAI) At- Taufiqiah, Kampung Sungai Miri di Surau Al Hijrah, Kampung Sungai Miri, Ahad lalu.

Majlis perasmian program yang julung kalinya diadakan itu telah disempurna­kan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Bashir Haji Alias yang mewakili Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Program murni itu turut mendapat sokongan padu daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAI At-Taufiqiah.

Selain menerima hadiah wang saguhati sebanyak RM200, peserta juga menerima cenderahat­i senaskah al-Quran sumbangan daripada Umno Bahagian Labuan menerusi program Membara.

Pada majlis itu, Bashir yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan turut menyampaik­an peralatan kompang kepada 10 kampung.

Dalam ucapannya, Bashir berkata program Khatam Al-Quran bukan sahaja dapat melahirkan anak-anak kecil yang mampu menghafal ayatayat suci al- Quran tetapi ia juga dapat menyemarak­kan rasa cinta dan menjunjung al-Quran sebagai keutamaan dalam kehidupan.

“Program ini juga dilihat dapat membudayak­an amalan membaca al-Quran bermula lebih awal lagi iaitu pada kanak-kanak yang berumur seawal enam atau tujuh tahun,” katanya.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi Labuan Ustaz Sabaruddin Hassan, Naib Ketua Umno Bahagian Khalid Abd Ghani, Timbalan Ketua Biro Agama Umno Bahagian Haji Chemat Haji Mustapha, Ketua Kampung Sungai Miri Haji Tajudin Omar, Ketua Cawangan Umno Sungai Miri Haji Yussof Haji Chuchu dan Guru Besar SRAI AtTaufiqia­h Ustazah Nezadeceym­alisa Awang.

 ??  ?? MAIMUNAH (lima dari kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Norlidah (enam dari kiri).
MAIMUNAH (lima dari kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Norlidah (enam dari kiri).
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid SRAI yang menyertai Khatam Al-Quran bersama tetamu kehormat.
SEBAHAGIAN murid SRAI yang menyertai Khatam Al-Quran bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? TAJUDIN (empat kanan) menerima peralatan kompang daripada Bashir sambil diperhatik­an oleh Khalid (tiga dari kiri), Ustaz Sabarudin (tiga dari kanan) dan Chemat (kanan).
TAJUDIN (empat kanan) menerima peralatan kompang daripada Bashir sambil diperhatik­an oleh Khalid (tiga dari kiri), Ustaz Sabarudin (tiga dari kanan) dan Chemat (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia