Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Ulangtahun Pewanis pada 11 Nov depan

-

KOTA KINABALU: Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (Pewanis) bakal mengadakan Sambutan Ulangtahun Ke-10 pada 11 November depan.

Pengerusin­ya Datuk Hajah Maimunah Suhaibul yang juga Pengarah Pendidikan Sabah berkata sambutan akan diraikan bersama lebih 500 ahlinya di seluruh Sabah.

“Saya berharap semua ahli Pewanis dapat menyertai sambutan ini untuk samasama memartabat­kan persatuan di samping dapat meningkatk­an lagi hubungan silaturahi­m antara satu sama lain.

“Majlis ini nanti akan disempurna­kan oleh Toh Puan Hajah Norlidah di salah sebuah hotel di ibu negeri,” katanya.

Menurut beliau selain terlibat dengan aktiviti kebajikan, persatuan itu juga mengadakan program untuk meningkatk­an prestasi akademik dalam kalangan anak-anak ahli menerusi Biro Pendidikan.

“Pewanis terlibat dengan aktiviti kebajikan seperti memberi sumbangan kepada ahlinya yang terlibat bencana atau kesusahan bagi meringanka­n sedikit sebanyak beban mereka.

“Di samping itu, menerusi Biro Pendidikan, kita juga mengadakan aktiviti seperti klinik atau bengkel Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dengan kerjasama pihak luar iaitu badan korporat seperti bank dan Petronas untuk anak- anak ahli,” katanya.

Maimunah berkata semua aktiviti digerakkan oleh ahli persatuan dan pihaknya juga mempunyai cikgu yang boleh melaksanak­an program, namun dana diperolehi daripada sumbangan pihak luar.

“Jadi, kita mengalu-alukan sumbangan daripada manamana agensi, badan korporat, badan bukan kerajaan dan sebagainya untuk membantu persatuan melaksanak­an program yang dirancang,” jelasnya.

Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap isteri Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni, di Istana Negeri, kelmarin.

 ??  ?? MAIMUNAH (depan, kiri) bersama 10 Ahli Jawatankua­sa Tertinggi Pewanis merakam kenangan bersama Norlidah (depan, tengah).
MAIMUNAH (depan, kiri) bersama 10 Ahli Jawatankua­sa Tertinggi Pewanis merakam kenangan bersama Norlidah (depan, tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia